Baru-baru ini, timbul d£sas-d£sus mengatakan kumpulan XPDC akan mengundang penyanyi Real XPDC iaitu Abang Gad untuk turut serta dalam Konsert XPDC Metalkestra yang akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, 8 November ini.
Berhubung itu, pemain bass XPDC iaitu Eddie berkata, mereka belum terfikir untuk panggil sesiapa sebagai undangan, bagaimanapun mereka sebaliknya akan cuba membawa Ali untuk beraksi bersama di atas pentas pada malam terbabit.
"Itu masih dalam pertimbangan, 50:50. Sebenarnya kita tak ada terfikir pun untuk panggil sesiapa sebagai undangan. Insya-Allah malam itu kita akan bawakan Ali juga.
"Walaupun sekarang ini kita semua tahu yang keadaan dia sangat tak mengizinkan, keluar masuk hospital. Tapi kalau boleh yang ini kami nak dia ada bersama dengan kami. Walaupun dapat setengah lagu pun tak apa," ujarnya.
Ali pernah bersama XPDC menerusi album Samurai pada 1998 dan beberapa album lain. Namun tempatnya kini digantikan oleh Zul Fazli atau Mamu.
Klik untuk gambar besar
Jelas Eddie, tawaran ini dibuat oleh penganjur, Seni Simfoni dan Bintang Batu Event dan ia satu peluang keemasan untuk mereka menghiburkan peminat di Borneo.
"Kami tengah sibuk dengan persiapan Konsert Metalkestra, tiba-tiba dapat tawaran di Sarawak pula. Ia macam konsert berturut-turut.
"Tapi akan ada perbezaan antara konsert di Zepp dan di Stadium Sarawak nanti dari segi susunan lagu dan sebagainya. Kami akan tampilkan yang terbaik.
"Mengenai nama Samurai pula, itu memang kehendak penganjur. Kami dah bagi nama lain, tapi dia tetap nak gunakan Samurai. Jadi kami akur," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment