04 September 2025

"YA SAYA DAH HABIS EDDAH... KEEP DOA UNTUK SAYA" - REBECCA NUR AL ISLAM BERANGKAT KE TANAH SUCI TUNAI UMRAH



"Cuma apa yang boleh saya cakap, ya saya dah habis eddah. Keep doa untuk saya. Semoga Allah SWT sentiasa membal@s segala kebaikan doa yang anda kirimkan. Amin.

"Saya minta maaf kepada lebih dari 1000 WhatsApp dan ramai yang DM saya, yang tak dapat saya reply. Terima kasih mengambil berat tentang saya, Insya-Allah saya ok. Keep doa untuk saya."

Demikian kata pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam yang memaklumkan, dia sudah pun selesai tempoh iddah, sekaligus menjawab mengenai status rumah tangganya bersama Datuk Nur Azman Sulaiman.

Klik untuk gambar besar

Rebecca menerusi perkongsian di media sosial, turut memohon maaf tidak dapat membal@s mesej yang dikirimkan terhadapnya serta meminta orang ramai terus mendoakannya.

Dalam pada itu, Rebecca juga ada memberitahu, dia berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah serta memohon doa agar dipermudahkan segala urusannya.
"Doakan saya, saya dalam penerbangan nak ke Rumah Nabi Muhammad SAW dan doakan saya selamat dan dipermudahkan Allah SWT dalam semua urusan saya," tuturnya.

Sebelum ini, perkongsian Rebecca di media sosial menarik perhatian netizen apabila pelakon itu seakan memberi gambaran hubungannya dengan Nur Azman sudah berakhir.
Dalam perkongsian itu, Rebecca memuat naik foto bekas suaminya serta mengucapkan terima kasih atas 18 tahun memori bersama dan memberitahu mereka sudah berusaha yang terbaik, namun Allah adalah sebaik-baik perancang.

Untuk makluman, Rebecca mendirikan rumah tangga dengan Nur Azman pada 14 Januari 2011 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan enam orang cahaya mata. Rebecca turut mempunyai seorang anak angkat iaitu Nor Adam Daniel.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: