Susulan k£s kehilangan wang, pelawak dan pelakon Along Cham, 42, bercadang membuat laporan polis ke atas bekas isterinya iaitu Afreena Suhaimi, 33, selain berkata, pengesahan cerai mereka di Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini, memberi kelegaan bagi dirinya.
"Saya ada buat satu laporan berkaitan kecuvrian duit saya hampir RM12,000 dan k£s itu diklasifikasikan sebagai NFA (tiada tindakan lanjut.
"Ini kerana (DPP) Timbalan Pendakwa Raya maklum bahawa hubungan kami (dengan Afreena) masih suami isteri. Ketika itu, dia kata isteri, jadi boleh ambil duit suami.
"Jadi selepas ini, mungkin saya boleh buat laporan semula kerana kami sudah disahkan bercerai sejak Jun tahun lalu. Apa yang berlaku, talak j@tuh sebelum saya ditah@n (k£s dad@h), jadi harap boleh dapat balik hak saya.
"Ia adalah satu kelegaan bagi saya untuk buka semula k£s itu," kata Along ketika ditemui selepas pr0siding keputusan pengesahan cerai secara lafaz taklik antaranya dengan Afreena di Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad, mengakui, sal@h satu punca kegag@lan perkahwinan itu adalah disebabkan faktor dirinya sendiri.
Along bagaimanapun tidak menyal@hkan bekas isterinya atas kegag@lan rumah tangga itu, sebaliknya dia mengakui kelemahan diri sendiri kerana tidak mampu menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan baik, malah dia juga tidak menyangka perkahwinan keduanya itu hanya bertah@n beberapa bulan.
"Nak sal@hkan sesiapa pun tak boleh kerana akhirnya kesal@han kembali kepada suami. Saya akui gag@l didik isteri dan mengemudi rumah tangga dengan baik. Jadi, saya akur akan perkara ini. Tak apa, Insya-Allah hari ke hari saya akan cuba perbaiki diri.
"Saya ambil masa lama iaitu kira-kira lapan tahun sebelum buat keputusan untuk kahwin semula tetapi tak sangka begini jadinya. Lebih mal@ng apabila turut membawa malap£taka dalam karier hingga saya ditah@n di Penj@ra Sungai Buloh. Ia trag£di dalam hidup saya.
"Karier memang agak terj£jas, tetapi Alhamdulillah kini saya mula dapat sokongan semula daripada teman rapat dan peminat. Cuma segelintir tetap memandang s£rong kepada saya," ujar Along yang menjelaskan, dia tidak s£rik untuk berkahwin pada masa akan datang, meskipun sudah dua kali melalui fasa perceraian.
Klik untuk gambar besar
Disamping itu, Along turut mengulas mengenai hubungan dengan Afreena selepas ini, dimana katanya, mereka tidak boleh berkawan baik serta mengakui tiada lagi ruang untuk dia dan bekas isteri kembali berbaik selepas sah bercerai talak satu.
Along dalam masa sama juga men£gaskan, dia sudah 'move on' dan tidak mahu lagi menjalinkan hubungan persahabatan dengan wanita berkenaan.
"Saya dah 'move on'. Dengan apa yang berlaku dan apa yang dia umumkan pada media sebelum ini, saya tak boleh nak jadi kawan baik dia. Mungkin ada pasangan yang mampu kekal berkawan selepas berpisah, tapi tidak dalam hubungan kami," katanya.
Sementara itu, ujar Afreena pula, dia tidak berdend@m terhadap Along dan mendoakan yang terbaik untuk bekas suaminya itu.
"Untuk bekas suami, saya tiada dend@m terhadapnya dan mendoakan segalanya baik serta dipermudahkan segala urusannya dari segi kerjaya juga kehidupan peribadi.
"Semoga k£s (berkaitan dad@h) berjalan lancar serta dipermudahkan. Semoga dia ditemukan jodoh yang baik-baik. Saya tidak berdend@m mahupun b£nci. Apa yang berlaku ini (penceraian) hanya kerana kami tiada jodoh," jelasnya.
Sebelum ini, lafaz cerai dengan talak raj'ie itu dilakukan Along di hadapan Hakim Syarie, Muhammad Nazri Basrawi, pada jam 1.59 tengah hari semalam di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.
Untuk makluman, Along mendirikan rumah tangga dengan Afreena pada 4 April 2024, namun mahligai itu hanya mampu bertah@n beberapa bulan, sebelum disahkan bercerai talak satu, hari ini.
Along pernah berkahwin dengan penyanyi Zila Saeron pada September 2016 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Daniel, 14, yang kini berada di bawah jagaan Along.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment