01 October 2025

PENYAMPAI RADIO ERA FM - ELLY MAZLEIN BAKAL UNDUR DIRI SELEPAS DUA TAHUN BERKHIDMAT?



"Ini bukan keputusan mudah buat Elly. Dia sangat sayangkan keluarga Era FM. Saya tidak tahu punca sebenar. Apa saja langkah yang diambil, harapnya ia keputusan terbaik."

Demikian menurut sumber, dimana selebriti versatil, Elly Mazlein dikhabarkan bakal menamatkan khidmatnya sebagai penyampai radio Era FM, selepas meng£jutkan ramai dengan keputusan menarik diri daripada menyertai acara anugerah sebelum ini.

Ujar sumber lagi, Elly yang hampir dua tahun mengendalikan segmen Carta Era 40, didakwa bakal mengumumkan keputusan itu dalam masa terdekat.

Sepanjang dua tahun bergelar penyampai radio di Era FM, Elly memberi warna baharu dalam dunia penyiaran termasuk aktif turun padang menyantuni masyarakat yang kurang bernasib baik.

Klik untuk gambar besar

Malah, kehadirannya bersama masyarakat Orang Asli Pos Tohoi di Gua Musang, Kelantan, baru-baru ini turut mendapat perhatian.

"Saya nampak dia sangat komited dengan kerjanya. Saya sendiri peminat setia radio itu dan sering mendengar celotehnya bersama artis undangan.

"Harapnya apa saja keputusan yang bakal dibuat nanti adalah yang terbaik," katanya lagi.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: