"Inisiatif menurunkan harga tiket adalah idea c£tusan Hafiz kerana memikirkan pengangkutan serta penginapan peminat yang berada jauh dari Kuala Lumpur seperti Sarawak, Sabah dan Singapura.
"Sejujurnya konsert tetap diteruskan, cuma Hafiz sendiri minta harga tiket diturunkan. Selepas kami mendapat tajaan daripada Bienz, Solustra Perfum dan Finura, barulah hasrat itu dapat direalisasikan
"Sebagai penganjur, untuk setiap konsert pembatalan adalah perkara paling kami mahu elak. Kalau tangguh itu biasa, tapi batal adalah mimpi ng£ri untuk setiap penganjur.
"Setakat ini konsert kami tak pernah batal dan konsert Hafiz tetap diteruskan," itulah jelas Pengarah Urusan SAH Entertainment Singapura, Sufi Rashid mengenai konsert Di Sebalik Aku: Hafiz Suip.
Penganjuran konsert tersebut yang dijadualkan berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 1 November depan, diteruskan mengikut perancangan.
Berhubung itu, Sufi dan Pengarah Urusan SAH Entertainment Malaysia, Azim Shah A. Rahman berkata, sejak hari pertama dilancarkan, sambutan jualan tiket dari peminat sangat p0sitif.
"Nak kata perlahan sangat, tak juga. Tapi okeylah buat masa sekarang ini kita dah terjual lebih kurang 1,462 tiket. Untuk konsert Hafiz disebabkan pr0duksinya besar, pemuzik pun ramai sebab kita buat semi-orkestra serta Pengarah Muzik, Aubrey Suwito, dan banyak-banyak perkara lain.
Klik untuk gambar besar
Ujar Sufi atau nama penuhnya, Muhammad Sufi bin Rashid, perkara ini berlaku kerana ketika itu mereka dalam perancangan menurunkan harga tiket.
Menerusi pengumuman semalam, tiket berharga RM788 diturunkan kepada (RM588), RM588 (RM358), RM488 (RM288), RM388 (RM228), RM288 (RM188) dan RM188 (RM148).
Menurut Sufi lagi, peminat yang sudah membeli tiket awal akan menerima pemulangan sebahagian bayaran (partial refund) sebagai tanda keprihatinan pihak penganjur.
Konsert Di Sebalik Aku: Hafiz Suip yang bakal berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 1 November ini dijual dengan harga baharu bermula Bahagiamu Deritaku (RM588), Awan Nano (RM358), Takdir Tercipta (RM288), Ombak Rindu (RM228), Ku Akui (RM188) dan Matahari (RM148).
Lebih istimewa, konsert itu akan menampilkan dua artis undangan iaitu Adira dan Umai, manakala komposer Aubrey Suwito pula bertindak sebagai pengarah muzik.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment