01 October 2025

ASLAM HARGAI PERG0RBANAN ISTERI PERTAMANYA, CUBA SEDAYA UPAYA UNTUK MEMBAHAGIAKAN MISYA : "TERUNTUK SAYANGKU, SETIAP HARI SAYA TENGOK AWAK KUAT WALAUPUN PENAT... TAPI SAYANG TETAP SENYUM & JADI TIANG UNTUK KELUARGA KITA"



"Alhamdulillah, hari ini saya berkelapangan untuk bahagiakan orang yang selalu menjadi tulang belakang saya. Teruntuk sayangku, setiap hari saya tengok awak kuat walaupun penat jaga anak-anak, kerja, urus rumah sampai tidur pun tak tentu.
"Tapi sayang tetap senyum dan jadi tiang untuk keluarga kita. Kadang saya kesian tengok tapi dalam penat itu awak masih lagi ingat semua orang. Letak semua orang dulu sebelum diri awak."

Demikian kata pemp£ngaruh media sosial, Ahmad Aslam, dimana perkongsiannya itu menjadi perhatian apabila memuat naik video membuat k£jutan buat isteri pertamanya, Umisya Mazlan.

Aslam menerusi hantaran itu menyifatkan Umisya atau Misya individu yang sentiasa menjadi tulang belakangnya, malah isteri pertamanya itu sentiasa mengutamakan orang lain.

Selain itu, Aslam turut berkata, sebagai suami, dia akan berusaha untuk membahagiakan isteri pertamanya itu serta menyifatkan Misya merupakan kawan, isteri serta ibu yang terbaik.

"Saya selalu doa agar awak sentiasa bahagia. Bila awak bahagia, semua orang rasa tenang. Jadi, hari ini saya ambil kesempatan kongsikan rezeki.

"Saya nak awak rasa dihargai macam mana awak selalu hargai semua orang. Apa yang saya bagi, mungkin tak boleh membal@s segala jasa awak. Saya cuba sedaya upaya untuk membahagiakan awak.

"Terima kasih sayang selalu jadi kawan, isteri, dan ibu yang terbaik buat anak-anak. Semoga Allah menjaga hubungan kita hingga akhir hayat," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: