01 October 2025

BILA NETIZEN USIK FAZURA TERIMA HADIAH JADI DAH SEPERTI HANTARAN



Pelakon Nur Fazura baru-baru ini telah berkongsi momen dimana dia menerima hadiah-hadiah daripada semua pihak termasuk peminat, sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-42 pada 27 September lalu.

Melihat pada perkongsian yang dimuat naik di media sosial, Fazura meluahkan rasa syukur serta mengucapkan terima kasih buat mereka yang menjadikan hari lahirnya begitu istimewa.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan Fazura dikelilingi orang ramai yang menyayanginya serta melihat ketenangan dan kebahagiaan di wajah pelakon itu.

Malah tidak kurang juga, ada yang mengusik ibu kepada Nur Fatima Aisya ini dengan mengatakan hadiah-hadiah yang diterimanya itu sudah seperti hantaran.

Klik untuk gambar besar


         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: