"Sejujurnya saya tahu dia nak kahwin dan mereka sudah berkawan sejak tahun 2023. Ryan seorang lelaki yang baik, pendiam dan tak banyak bercakap. Hanya orang yang tahu saja tahu.
"Bila label Sabronzo iaitu Universal Music beritahu mereka akan berkahwin, saya tumpang gembira untuk mereka. Eloklah berkahwin daripada couple lama-lama."
Itulah jelas Sufi Rashid, 34, dimana penyanyi asal Singapura itu mengakui, dia sudah mengetahui lebih awal mengenai anggota kumpulan Dolla iaitu Sabronzo yang akan berkahwin dengan jejaka pilihannya, Ryan Fieret.
Kata Sufi atau nama penuhnya, Muhammad Sufi Rashid, hubungan pasangan itu sudah terjalin sejak tahun 2023 dan perkara tersebut bukan lagi satu rahsia.
Klik untuk gambar besar
Apa lebih mengec£wakan apabila ada segelintir netizen tergam@k mel£mparkan pelbagai sp£kulasi dan tuduhan yang tidak berasas terhadap Sabronzo.
"Saya dah boleh agak peminat akan buat pelbagai spekulasi bila Sabronzo berkahwin, sedangkan Dolla pun ramai yang cakap macam-macam.
"Apa yang terbaik adalah terus mendoakannya. Macam mana industri muzik kita nak maju? Kesian dia sebelum ini kena tuduh bukan-bukan.
"Selepas dia muat naik gambar dah kahwin, apa jadi dengan netizen yang kata buruk dulu. Anda sudah buat fitnah yang besar dan patut minta maaf," ujarnya.
Pada Isnin lalu, Sabronzo mengesahkan dirinya sudah bergelar isteri kepada Ryan Fieret yang merupakan seorang DJ Belanda dan penerbit muzik elektronik yang kini menjadi anggota utama kumpulan terkenal, Dash Berlin.
Difahamkan, majlis pernikahan Sabronzo atau nama sebenarnya, Wan Sabrina Wan Rusli, 30, dan Ryan Fieret berlangsung secara sederhana di Bali, Indonesia.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment