01 October 2025

SELEPAS RAWATAN FISI0TERAPI - ISTERI LUAH RASA SYUKUR DWAN OLAN SEMAKIN SEMBUH, KINI BOLEH MENYANYI & PANDU KERETA



"Keadaan abang Alhamdulilah nampak makin bertambah baik selepas balik hospital menjalani rawatan fisi0terapi, sekarang ni tak ada nak mar@h-mar@h macam dulu dah.
"Daripada segi pergerakan, nampak lain sekarang ni... malah sekarang ni suara pun makin baik sebab sebelum ini ada undangan nyanyian di Kuang, Sungai Buloh jadi abang nyanyi empat lagu malam tu.

"Terk£jut juga kak sebab tak sangka boleh nyanyi sampai macam tu, syukur... sebelum tu pun ada juga orang panggil di Pulau Pinang dan Perak."

Demikian kata isteri kepada penyanyi kumpulan rock Olan, Dwan iaitu Zarina Anuar, 53, yang meluahkan rasa syukur apabila suaminya itu mula menunjukkan perkembangan p0sitif dalam menjalani aktiviti harian.

Jelas Zarina, tahap kesihatan penyanyi yang popular dengan lagu 'Cinta Bandar Tasik Selatan' itu bertambah baik, termasuklah mampu menyanyi dengan lancar dan sudah boleh memandu kenderaan.

Untuk makluman, Dwan mengalami s£rangan angin ahmar pada tahun 2021 hingga menyebabkan lumpuh pada sebelah kiri badan, namun pada tahun 2024 tahap kesihatannya semakin pulih apabila mampu untuk menyanyi semula.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: