01 October 2025

ANGELINE TAN LUAH RASA SYUKUR DIA MASIH ISTIQAMAH DALAM MENJAGA SOLAT LIMA WAKTU, SEJAK DUA TAHUN BERGELAR MUALAF



"Mula-mula memang sus@h ya, tak biasa. Tapi, sekarang sudah biasa. Macam saya berada di sini (hadiri majlis), saya tak mampu nak solat, nanti saya balik (ke rumah), saya akan solat jamak.

"Tapi Insya-Allah sampai hari ini, saya tak pernah tinggal solat lagi. Sebab satu permulaan yang baik dan saya rasa satu pembaharuan yang baik juga, biar saya kena betul-betul n£kad ikut peraturan, ikut apa yang dibimbing."

Itulah kata pelakon Angeline Tan, 58, yang meluahkan rasa syukur kerana sejak dua tahun bergelar mualaf, dia masih istiqamah dalam menjaga solat lima waktu.

Dalam pada itu, isteri kepada pelakon dan pengarah, Sabri Yunus, 64, mengakui, sebagai mualaf agak sus@h, namun dia n£kad untuk tidak meninggalkan solat.

Klik untuk gambar besar

Disamping itu, Angeline atau nama Islamnya, Ardini Angeline Tan, turut menyifatkan ianya permulaan yang baik baginya serta tidak mahu mensia-siakan apa yang dimulakannya untuk istiqamah dalam menunaikan solat lima waktu.

"Kita jangan sia-sia satu permulaan yang bagus. Macam ini, jika satu kali kita tinggal (solat) nanti kita akan tinggal lagi dan kata, tak apa lah, tak apa.

"Tapi, kalau kita tak pernah (tinggalkan solat), janganlah jangan 'brake the record' (p£cah rekod), aku kena buat, aku kena buat (solat). Ini adalah 'my home work', itulah yang saya fikir," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: