01 October 2025

NIKAH DUA MINGGU SEBELUM RESEPSI DI BALI - SABRONZO AKUI SANGAT TERSENTUH DENGAN SOKONGAN & DOA YANG DIBERIKAN



"Rakan-rakan media disayangi, terima kasih 'for all the beautiful coverage and kind words on my recent wedding' (untuk semua liputan indah dan ucapan yang baik pada perkahwinan saya baru-baru ini).

"Sab dan keluarga sangat tersentuh dengan sokongan dan doa yang diberikan, 'especially from those who have been following my journey' (terutamanya dari mereka yang mengikuti perjalanan saya) sejak awal lagi.

" 'I'm truly grateful for all the warmth and p0sitivity' (Saya benar-benar berterima kasih atas semua kemesraan dan p0sitif).

Klik untuk gambar besar

"Semoga kita dapat terus bekerjasama dan 'share more wonderful memories in the future' (berkongsi lebih banyak kenangan indah di masa hadapan)."

Demikian kata anggota kumpulan Dolla iaitu Sabronzo, 30, dimana dia tampil mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya selepas menjelaskan mengenai perkahwinannya bersama suaminya, DJ Dash Berlin di media sosial, baru-baru ini.
Sabronzo atau nama sebenarnya, Wan Sabrina Wan Rusli telah berkongsi perasaan terharuny dengan sokongan dan doa daripada semua pihak, terutama sejak awal pembabitan dalam karier seni.

Difahamkan, sebelum Sabronzo dan suaminya mengadakan acara resepsi di Pulau Bali, Indonesia pada 25 September lalu, majlis pernikahan pasangan ini dilaporkan sudah berlangsung dua minggu lebih awal.
Terdahulu, tular gambar perkahwinan Sabronzo dan Dash Berlin yang dipercayai berlangsung di pulau peranginan terkenal itu sejak Khamis lalu.

Sebelum ini, terdapat juga dakwaan sekitar Mei lalu mengenai sp£kulasi Sabronzo menjalin hubungan cinta dengan DJ antarabangsa itu selepas mereka kerap dilihat berbal@s komen di media sosial.

Kemudian Sabrina dan Dash Berlin dikatakan mula rapat selepas mereka sama-sama terbabit dalam sebuah acara hiburan awal tahun lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: