01 October 2025

"KITA BOLEH KATA TIDAK KERANA BAJU ITU KETAT, TAPI KENA FAHAM DALAM KEADAAN ITU, MUNGKIN DAH LAMA TAK BUAT SHOW, PERASAAN GEM£NTAR" - ZAMARUL HISHAM SIFATKAN KAKAK IPARNYA, LINDA RAFAR SEORANG BAIK HATI & SUKA MEMBANTU



"Linda ini di luar pemakaian dia okay. Cuma isu (pakaian ketat) itu, saya pun terk£jut. Jadi isu besar, dia pun jawab begitu. Kalau tanya saya, contohlah saya ini kumpulan Elite, tahun 1998, sekarang umur saya dah 40 lebih, tak pernah buat show lagi dah.
"Tiba-tiba Elite akan buat show. Jadi bila buat show, ia satu benda yang merisaukan. Bila pereka fesyen bagi baju sekian, akan hilang nak kata baju ini tak boleh. Kita tak reti nak cakap tidak.

"Contoh macam saya sekalipun, kalau kata saya pergi 'shooting' filem dengan persekitaran yang baharu, pengarah baharu yang saya tak pernah bekerja lagi, tiba-tiba mereka beri saya pakai baju ini, kadang-kadang saya gementar.

"Tempat besar, layar perak. Saya tengok set pun dah berdebar, saya dengar 'walkie talkie' sana sini pun dah buat saya berdebar dan disuruh pula pakai baju disediakan, kita lebih ke arah merendah diri. Ini bagi pandangan saya.

"Apa yang orang beri, kita pakai. Bukanlah maksudnya kita boleh menggalakkan sebab kita boleh juga kata tidak sebenarnya kerana baju itu ketat, tapi netizen kena faham dalam keadaan itu, mungkin dah lama tak buat show, perasaan gem£ntar."

Itulah ujar pelakon Zamarul Hisham, 54, dimana dia menyifatkan insid£n 'baju ketat' membabitkan kakak iparnya, pelakon dan penyanyi, Linda Rafar, 47, yang dikec@m netizen pada Konsert Elite Live '25 baru-baru ini, berlaku secara tidak disengajakan.

Kata Zamarul, semestinya Elite berasa gem£ntar apabila mendapat peluang beraksi semula selepas sudah lama tidak muncul menyanyi dan pada masa sama menghormati pereka fesyen juga.

Ulasnya lagi, apa yang berlaku kepada Linda itu baginya tindakan netizen yang mengec@m beramai-ramai dengan penggunaan perkataan tidak sepatutnya hingga mengg@nggu em0si.

"Ada banyak faktor boleh berlaku pada pemilihan baju itu seperti nak cepat dan tak sempat nak tengok (baju), atau pun tiba-tiba tak reti nak cakap perkataan tidak, sebab dah lama tak buat show, tiba-tiba orang panggil. Aku dah lama tenggelam ni.

"Tak payah nak cerita itulah, kalau saya pun dijemput naik ke pentas untuk buat penyampaian anugerah, kaki dah k£tar. Inikan pula buat show nyanyi 30 lagu. Jadi, bagi saya bukan bermaksud dia (Linda) sengaja pakai begitu, pandangan saya.

"Netizen kena faham keadaan dia (Linda) ketika itu. Gem£ntar dan dia juga tidak terdetik nak kata tidak, orang bagi dia pakai. Tapi, bila netizen bersuara (bant@i), saya ada juga baca komen-komen itu.

"Ada (netizen) yang tegur secara baik, dia (Linda) tak mel£nting. Tapi, bila ada yang mengutvk t£ruk itu membuatkan dia mel£nting. Pada hal boleh sahaja kalau dia minta maaf ketika itu. Linda pun akhirnya sudah meminta maaf. Ada satu hantaran dibuatnya di Instagram," tuturnya.

Dalam pada itu, Zamarul turut berkongsi mengenai personaliti diri kakak iparnya itu, dimana Linda yang dikenalinya adalah individu yang sangat baik hati dan suka membantu dari segi kewangan termasuk suka berkongsi dengan adik-beradik kalau ada rezeki lebih.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: