"Sebelum ini, saya dapat s£rangan sendi b£ngkak sebulan atau dua bulan sekali, tapi sekarang seminggu sekali pula. Saya juga sentiasa buat rawatan dan menjaga pemakanan supaya keadaan kesihatan terkawal supaya saya boleh beraksi di pentas."
Demikian jelas vokalis kumpulan Def Gab C, Asheed, 52, yang mendedahkan, dia sudah berusaha merawat peny@kit g0ut yang dihidapinya menerusi kaedah perubatan tradisional dan moden sejak lebih 20 tahun lalu.
Kata Asheed atau nama sebenarnya, Mohd Ashid Ahmad, dia juga sudah berjumpa dengan pakar saraf termasuk melakukan pemb£dahan pada fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kongsi Asheed, dia mula mengalami mas@lah sendi b£ngkak itu ketika pembikinan album kedua kumpulan terbabit pada 1999.
"Mas@lah sendi b£ngkak ini meny£rang semua bahagian tubuh saya seperti siku, lutut dan kaki. Mas@lah sendi b£ngkak ini seperti kans£r juga kerana ada tahapnya. Kalau dulu peny@kit saya ini tahap empat, tapi hasil rawatan sudah turun pada tahap tiga.
"Pilihan terakhir untuk rawat sendi b£ngkak ini ialah dengan melakukan pemb£dahan, tapi saya pernah buat pemb£dahan dan tidak mahu melakukannya lagi.
"Doktor juga sudah buang separuh b£ngkak pada sendi melalui pemb£dahan sebab kalau buang semua... ris1konya saya tidak boleh berjalan pula nanti," tuturnya yang turut berpantang dari mengambil makanan laut seperti ikan bilis, ikan kembung dan sardin yang boleh membah@yakan kesihatannya.
"Saya juga amalkan makan buah pisang dan avokado. Ada juga buah dan sayur hijau yang tidak boleh diambil dan kalau sayur yang boleh makan pun seperti sawi jepun atau pak choy.
"Bila saya menjaga pemakanan untuk menjaga kesihatan, berat badan hanya turun sebanyak tiga hingga empat kilogram sahaja mungkin sebab faktor usia yang sudah meningkat," katanya.
Dalam perkembangan lain, Def Gab C juga terbabit dalam showcase Jiwa Malaysia yang bakal berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada 1 November depan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment