02 October 2025

"DOKTOR PANTAU LAGI KEADAAN MAMA & TIDAK DIPASTIKAN LAGI BILA MAMA BOLEH KELUAR DARI HOSPITAL" - ANAK MAKLUM A AIDA MAKIN STABIL, LUTUT JUGA SUDAH TIDAK SEMAKIN S4KIT, PERLU RAWATAN FISI0TERAPI



"Mama dah makin okay, lutut dia pun sudah makin tak s@kit. Cuma, kena buat banyak fisi0terapi. Rawatan untuk dia boleh jalan balik seperti biasa."

Itulah kongsi anak kedua kepada penerbit drama terkenal dan pelakon, Datuk A Aida, 55, iaitu Azeva Natassha Wan Aminuddin mengenai keadaan ibunya.

Kata Azeva, ibunya itu kini menunjukkan perkembangan kesihatan yang semakin stabil dan p0sitif selepas dipindahkan ke wad biasa daripada Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital, baru-baru ini.

Menurutnya lagi, lutut ibunya itu juga sudah tidak semakin s@kit, sekali gus memerlukan A Aida melakukan lebih banyak rawatan fisi0terapi.

Dalam pada itu, Azeva yang juga pelakon baharu ini memaklumkan, doktor masih belum membenarkan A Aida menerima pelawat yang ingin menziarahi kerana dalam pemantauan.

"Doktor pantau lagi keadaan mama dan tidak dipastikan lagi bila mama boleh dibenarkan keluar dari hospital. Mungkin seminggu dua lagi," jelasnya.

Klik untuk gambar besar

Pada Isnin lalu, Azeva berkongsi berita gembira mengenai keadaan kesihatan ibunya yang sudah dipindahkan ke wad biasa daripada ICU di sebuah hospital.

Tidak hanya itu, Azeva juga mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua yang sudah mendoakan kesembuhan kesihatan ibunya dan selalu mengambil berat dengan bertanya khabar.

Azeva dalam masa sama juga berkongsi ibunya itu masih menunggu keputusan pemeriksaan Imbasan Pengim£jan Res0nans Magn£tik (MRI) dan ujian imbasan tom0grafi berkomputer (CT Scan).

Terdahulu, A Aida atau nama sebenarnya, Zaidah Awang, dilaporkan mendapat rawatan lanjut di ICU akib@t r£bah selepas melakukan fisi0terapi pada Khamis lalu.

Sebelum itu, pemilik Aida Production berkenaan turut difahamkan baharu menjalani pemb£dahan lutut pada Selasa lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: