02 October 2025

NORA ARIFFIN : "KITA NASIHAT, TAPI KEPUTUSAN KEPADA DIA (DAHLIA)... SAYA YAKIN SEBAGAI ANAK ADA ILMU AGAMA, SATU MASA NANTI DIA NAMPAK JALAN YANG TERBAIK ITU"



"Dia dah baligh pun, tahu apa yang baik dan tidak. Kita nasihat, tapi keputusan kepada dia. Saya yakin sebagai anak ada ilmu agama, satu masa nanti dia nampak jalan yang terbaik itu."
Demikian kata penyanyi Datuk Nora Ariffin, dimana dia hanya mampu memberikan nasihat buat anak perempuannya iaitu Puteri Dahlia yang memilih untuk tidak lagi bertudung.

Ujar Nora, anaknya itu tahu mana yang baik dan buruk serta menghormati keputusan yang dibuat oleh Dahlia.

Dalam pada itu, Nora berkata, sebagai seorang ibu, tindakan anaknya itu adalah ujian yang perlu dihadapinya dan mereka sekeluarga tidak memberi perhatian dengan kec@man dil£mparkan.



"Kami memang kurang baca komen, baca sikit sahaja. Saya sebagai ibu, saya doakan yang baik-baik sahaja. Saya ada juga nasihat secara baik," katanya.

Terdahulu, Dahlia menjadi perhatian apabila tampil tidak berhijab di Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24).

Jelas anak gadis Nora yang berusia 21 tahun itu, dia mahu mulakan perjalanan baru serta belajar mencari jalan sendiri dalam agama, meskipun sudah mula bertudung di usia enam tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: