02 October 2025

KURANG TAWARAN LAKONAN - ANGELINE TAN REDA, GUNA PELUANG BELAJAR AGAMA



"Sekarang ini orang nak panggil berlakon kena watak muslimah, tidak lagi boleh panggil watak keluarga cina. Jadi, sekarang memang ada kurang sikit tawaran.
"Tapi saya rasa bagus juga, sebab masa ini saya ada ruang lebih banyak untuk belajar agama. Boleh kongsi tentang perubahan dan penghijrahan saya."

Itulah ujar pelakon Angeline Tan, dimana dedahnya, dia kurang menerima tawaran lakonan daripada mana-mana pihak pr0duksi selepas bergelar mualaf.

Angeline atau nama Islamnya, Ardini Angeline Tan, 57, bagaimanapun berkata, dia tidak berk£cil hati dengan perkara itu, sebaliknya bersyukur kerana mempunyai lebih banyak masa untuk mendekatkan diri dengan Allah.

Sebelum ini, Angeline berkongsi, dia tidak pernah meninggalkan kewajipan utama dalam Islam iaitu solat lima waktu, sepanjang dua tahun bergelar mualaf.

"Mula-mula memang agak sukar (untuk solat), tapi sekarang sudah biasa. Sampai hari ini, saya tidak pernah tinggal solat sebab itu permulaan yang baik," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: