Pelawak legenda era 1950-an, Mat Sentol atau nama sebenarnya, Abd Rashid Yahaya, 92, mengakui masih rindu untuk kembali ke layar perak dan sekiranya tahap kesihatannya baik, pasti dia tidak melepaskan peluang untuk berlakon.
Kata Mat Sentol, bagi setiap seniman, keinginan untuk aktif dalam bidang itu pasti tidak hilang sehingga akhir hayat.
"Saya cuba bangun, tetapi masih belum cukup kuat dan t@kut j@tuh. Saya masih ada hati untuk berlakon, tetapi atas faktor usia dan kesihatan saya perlu berehat.
"Namun, ketika sedang berehat saya gemar mencipta skrip komedi dan suka menyanyi, konsep diri saya adalah ceria setiap masa, ia sesuatu anugerah daripada Allah SWT," tuturnya.
Mat Sentol yang lahir pada tahun 1933 dan pernah menjadi pelajar Sekolah Bandar Tinggi Muar, Johor, menyatakan dia juga masih merindui rakan seperjuangan, selain rakan sekolah.
Katanya, dia masih tidak melupakan pelbagai kenangan manis kehidupannya yang kekal di hati sehingga bila-bila.
Klik untuk gambar besar
"Saya berterima kasih kepada yang sanggup datang pondok saya," ujar seniman itu yang menerima sumbangan RM5,000 daripada Media Prima Bhd (MPB) menerusi Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP.
Sumbangan diserahkan oleh Pengerusi Media Prima Berhad (MPB), Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid yang mengunjungi rumah seniman itu di Larkin di sini.
Turut hadir, Pengurus Besar Kumpulan, Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan dan Pejabat Pengerusi Kumpulan Media Prima, Azlan Abdul Aziz.
Sementara itu, Azlan berkata, pihaknya sentiasa mengikuti perkembangan terbaharu seniman negara itu.
"Kami mendengar perkhabaran bahawa beliau uzur dan tidak berapa sihat. Oleh itu, kami tergerak hati untuk datang ke Johor Bahru membuat kunjungan kali kedua untuk bertanya khabar mengenai keadaan beliaulah.
"Alhamdulillah, walaupun agak sedih musib@h yang dihadapi oleh abang Mat, Alhamdulillah beliau dijaga dengan elok oleh anak-anaknya.
"Pada lawatan kami menyampaikan sedikit bantuan untuk membantu abang Mat dan keluarganya untuk menghadapi situasi sekarang," katanya.
Difahamkan, Mat Sentol kini tinggal berdua dengan anak lelakinya, Roslee Rashid, 63, di kediaman itu sejak kem@tian isteri, Jamilah Kasri pada Disember 2020.
Mat Sentol pernah membintangi beberapa filem antaranya 'Mat Tiga Suku', 'Mat Bond', 'Mat Toy0l', 'Mat Karong Guni' dan 'Mat Magic'.
Beliau juga aktif menyumbangkan suara dalam penyiaran iklan televisyen dan radio seperti Jojo, Tora, Ding Dang dan Apollo.
Seniman kelahiran Muar itu pernah menerima anugerah kehormat permata dunia sempena majlis konvokesyen Universiti Multimedia (MMU) pada 2023 lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment