02 September 2025

ISU BEKAS ISTERI, AZRENE DIKEC4M 'FREE HAIR' - FAZLEY YAAKOB TETAP AKAN LINDUNGINYA : "KITA TAK BOLEH MENILAI BAIK BURUK ORANG SAMA ADA DIA BERTUDUNG ATAU TIDAK"



"Saya tetap melindungi Azrene (bekas isteri) sampai ke hujung hayat saya. Bila dia buat keputusan untuk buka tudung, itu sesuatu yang orang baru nampak.

"Sebenarnya, Azrene memang begitu sejak kami berkahwin pun. Jadi, pada saya, kita tak boleh menilai baik buruk orang sama ada dia bertudung atau tidak."

Itulah kata penyanyi dan usahawan, Datuk Fazley Yaakob, dimana dia tetap akan melindungi bekas isterinya, Azrene Soraya Abdul Aziz, yang dikec@m masyarakat selepas membuat keputusan membuka tudung.

Klik untuk gambar besar

Berhubung isu itu, Fazley menjelaskan, Azrene bukanlah bertudung sepanjang masa sejak mereka masih bergelar suami isteri.

Tambahnya lagi, itu adalah pilihan bekas isterinya dan orang luar tidak seharusnya menyimpan niat buruk.
"Bertudung itu adalah pilihan masing-masing dan saya tetap menyokong apa yang Azrene buat, malah tetap di sebelah dia.

"Bersangka baik satu, tapi kita ada niat baik. Kalau kita bersangka tak baik, bermakna kita bermula dengan niat buruk," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: