02 September 2025

HARUN HASHIM KATA 'DANA STAR' BANTU KARYAWAN SENI KEMBALI AKTIF : "MUNGKIN PENERBIT TAK AMBIL SAYA BERLAKON KERANA INGAT SAYA TERLANT4R S4KIT... MEMANG SAYA ADA S4KIT, TAPI TAKLAH SAMPAI TERBARING"



Pelakon Harun Hashim, 69, menjelaskan, dia yang mula berlakon sejak tahun 1976 itu sudah lama tidak ditawarkan berlakon dan berharap peluang ini diberikan kerana dia amat rindu berada di lokasi.
"Saya harap penerbit yang diberi kepercayaan menerbitkan supertele dari Dana Supertelefilem Bintang Veteran (STAR) akan panggil saya untuk berlakon.

"Kali terakhir saya berlakon adalah menerusi telefilem 'Bilal Dan Abah' yang disiarkan menerusi TV Alhijrah pada Aidiladha dulu. Selepas itu dah tiada lagi tawaran.

"Mungkin penerbit tak ambil saya berlakon kerana ingat saya terlant@r s@kit. Memang saya ada s@kit k£ncing manis dan dar@h tinggi, tapi taklah sampai terbaring.

"Sebagai anak seni, saya memang nak berlakon kerana selain menjadi sumber pendapatan, ia juga jadi terapi buat saya menghilangkan rasa s@kit," katanya yang pernah berlakon pelbagai watak termasuk hero pada era 1990-an.

Dalam pada itu, Harun berterima kasih kepada Kementerian Komunikasi dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) kerana memperkenalkan Dana STAR.

"Dah tentu ia disambut baik oleh pelakon berusia 55 tahun ke atas termasuk veteran seperti saya. Peluang kami untuk berlakon sekarang semakin hilang. Kalau ada pun, hanya tampil dalam beberapa babak sebagai pelengkap drama.

"Tapi menerusi Dana Star, barisan pelakon yang terbabit adalah 60 peratus. Saya bukanlah berharap nak dapat watak hero ataupun yang hebat-hebat. Cukuplah sekadar ditawarkan berlakon," ujar Harun.

Dalam laporan media sebelum ini, Pengerusi FINAS, Datuk Hans Isaac memaklumkan, Dana Star sememangnya dikhususkan untuk pelakon berusia 55 tahun ke atas.

Malah, dia turut mengumumkan watak utama dan pembantu akan digalas oleh pelakon veteran, selain turut menjelaskan, FINAS membuka permohonan Dana Star bermula 29 Ogos hingga 7 September ini.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: