02 September 2025

FAZURA AKUI KETIKA LALUI TITIK TERENDAH DALAM HIDUPNYA, RAMAI KAWAN 'LARI' : "ADA BANYAK PENGKHI4NATAN... SEDIH & KEC£WA TAPI SAYA PERCAYA MUNGKIN ITU ADALAH KERANA DOA-DOA YANG DIMAKBULKAN OLEH ALLAH"



"Sejujurnya saya seorang kawan yang sentiasa menyokong. Kalau kawan-kawan saya kena diani@ya, orang buat kawan saya sedih ke, saya akan jadi orang pertama yang akan mempertah@nkan mereka. Saya akan buat apa saja untuk bantu.
"Tapi di saat titik terendah saya selama sembilan bulan ini terutamanya bulan terawal bila berlaku pada diri saya, hilang (kawan). Mereka hilang, siapa yang saya sokong dan sayang macam adik sendiri pun tak ada. Tiada yang cari saya, mesej ringkas pun tak ada.

"Patutnya mereka (kawan) inilah yang sentiasa ada untuk saya kan, tapi itulah semua lari tak ada. Setidaknya mesej tanya khabar keadaan saya, ringkas macam itu tapi tiada."

Demikian ujar pelakon Nur Fazura, 42, dimana dia mengakui, ketika dia melalui titik terendah dalam hidupnya, mereka yang dianggap sebagai sahabat hilang dan tiada sokongan diberikan terhadapnya.

Klik untuk gambar besar
Kata Fazura atau nama penuhnya, Nur Fazura Sharifuddin, ujian yang men1mpa dirinya sejak sembilan bulan lalu telah membuka matanya apabila rakan-rakan sendiri seolah-olah tidak ambil peduli dengan mas@lah yang dihadapinya ketika itu.

Menerusi sesi siaran langsung itu juga, Fazura menyifatkan dirinya seorang sahabat yang sentiasa memberikan sokongan serta akan pertah@nkan mereka, namun ketika tempoh tersebut individu-individu tersebut 'lari' dan tiada langsung mesej dikirimkan buatnya.

Dalam pada itu, tutur Fazura lagi, dia sedih dengan apa yang berlaku serta banyak pengkhi@natan dan memilih untuk mengecilkan kelompok sahabatnya.

"Ada jugalah banyak pengkhi@natan. Sudah tentu sebagai manusia biasa saya sedih dan kec£wa tetapi saya percaya itu semua adalah kerana doa-doa saya yang dimakbulkan oleh Allah.
"Mungkin mereka bukanlah yang terbaik untuk saya. Saya memang kecilkan 'circle' (kelompok) kawan, siapa yang ada sekarang memang sus@h senang sama-sama," katanya.

Meskipun begitu, Fazura menganggap segala yang berlaku adalah jawapan kepada doa-doanya sebelum ini, dimana dia mahu dijauhkan daripada individu yang tidak baik untuknya.

"Saya bukanlah orang yang sempurna, masing-masing ada kelemahan sendiri. Tapi saya selalu doa Allah lindungi kita daripada manusia tidak berniat baik, berh@wa n@fsu sy@itan, has@d d£ngki atau tak ikhlas. Itu doa untuk diri kita.

"Bagi saya siapa yang menjauh itu ternyata adalah doa-doa saya yang Allah makbulkan. Sebelum ini saya terfikir juga apa sal@h saya, tapi kita kena ingat balik doa-doa kita pada Allah," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: