"Saya berterima kasih kepada semua netizen yang ambil berat dan mereka tidak sal@h. Individu yang bersal@h itu saya dan dengan rendah diri saya minta maaf kepada semua sekiranya saya berlebih-lebih.
"Saya ini manusia biasa kadang-kadang tak perasan dan tak sengaja nak buat tapi Allah izinkan perkara itu sebab nak tegur saya.
"Alhamulillah Allah masih ingat pada saya dan beri peluang untuk perbaiki diri. Kalau selalu disanjung mungkin akan lal@i Allah tidak suka."
Itulah jelas penyanyi Ina Naim yang tampil menjawab mengenai tindakannya yang menjadi bualan hangat netizen apabila didakwa terlalu berlebihan dalam pr0gram realiti, 'Talk To My Manager' (TTMM) yang berlangsung pada malam Ahad.
Berhubung perkara itu, Ina atau nama sebenarnya, Nordiana Mohd Naim, 41, memohon maaf dengan keterlanjurannya itu dan dia berlapang dada menerima teguran tersebut.
Klik untuk gambar besar
Disamping itu, Ina yang dikurniakan empat cahaya mata hasil perkahwinan bersama Allahyarham Suhaimi Saad, berharap orang ramai tidak mengaitkan kejadian yang berlaku dengan kisah hidupnya sebelum ini.
"Saya anggap komen-komen itu sebagai teguran p0sitif dan tidak mengambil hati dengan kata-kata mereka. Apa yang mereka kata itu benar dan betul.
"Tapi saya minta jangan kaitkan dengan pihak yang tidak sepatutnya seperti Mawi dan Ekin. Saya ambil semua komen yang p0sitif," ujarnya.
Mengulas lebih lanjut, Ina memberitahu, dia bukan bersikap defens1f demi menjaga perasaan anak sulungnya itu kerana bimbang dengan komen p£das juri jemputan Datuk Ramli MS.
Jelasnya, anaknya iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 17, lebih terbuka menerima sebarang komen, malah sentiasa menenangkan dirinya.
"Saya bukan g£muruh dan bukan defens1f terhadap Hadie daripada komen p£das tapi mengenali Tok Ram (panggilan mesra Ramli MS) komen dia memang p£das itu yang saya bersedia untuk memb1das.
"Apa yang dia cakap itu sangat betul. Saya pun sebenarnya sengaja buat perkara itu untuk dijadikan hiburan tapi tidak sangka pula terk£san kepada saya dan sepatutnya lebih hormat dengan Tok Ram," luahnya.
Sebelum ini, Ina dikatakan bersikap defens1f apabila kerap memb1das dan seolah-olah tidak mahu menerima komen sehingga dilihat tidak menghormati juri jemputan itu semasa siaran langsung TTMM.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment