"Cantik macha (abang atau kawan). Dia sudah angkat jari. Kaki saya pakailah. Sekarang dua jari ini kena letak ubat. Doktor yang rawat saya sangat baik hati. Doktor banyak tolong saya.
"Doktor cakap tak payah p0tong jari. Selamat kaki aku," demikian gurau pelakon dan pelawak veteran, Sathiya atau nama sebenarnya, Sathia Periasamy, 61, ketika menjelaskan mengenai kakinya.
Menurut Sathiya , doktor hanya mem0tong satu jari sahaja iaitu ibu jari kiri pada 31 Julai lalu, manakala dua lagi yang pada awalnya dijangka dip0tong, berjaya diselamatkan.
Sebelum ini, pelakon sitk0m 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu' pada era 1990-an dan kekal diingati peminat sehingga kini itu memberitahu, kakinya akan dip0tong sekiranya kum@n makin mer£bak.
Pada Jumaat lalu, Sathiya yang sudah beberapa tahun menghidap diab£tes dan dar@h tinggi itu ditemani anaknya, Amani, hadir ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan lanjut dan mendapat khabar gembira berkenaan.
Difahamkan, Sathiya kini hanya berehat di rumah dan sedia menerima kehadiran tetamu yang mahu menziarahinya.
"Hari itu TV3 dan radio Suria mari (datang). Saya seronok ada orang datang melawat," katanya yang kekal dengan nada ceria walaupun berdepan ujian kesihatan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment