"Sejujurnya selepas semua ini berlaku, saya jadi terlamp@u tr@uma untuk buka DM di media sosial. Jadi sampai sekarang sama ada DM baik atau jah@t memang saya tak berani buka. Apabila menerima mesej-mesej tidak baik itu, saya berikan kepada peguam untuk periksa."
Itulah ujar pelakon Sophia Albarakbah, 32, yang memberitahu, dia masih lagi tidak membuka atau membaca sebarang mesej yang diterima di media sosial miliknya.
Akui Sophia atau nama sebenarnya, Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman, pengalaman menjadi m@nga bvli sib£r dan g@ngguan s£ksual memberi k£san besar sehingga dia t@kut mengetahui isi kandungan setiap DM (direct messege) yang diterima.
Dalam pada itu, jelas Sophia, dia menyerahkan kepada wakil peguam untuk membaca kesemua mesej diterima bagi mengambil tindakan lanjut.
Klik untuk gambar besar
"Terlalu banyak DM sampai saya t@kut nak baca, saya tak tahu mungkin ada yang sudah minta maaf tetapi memang tak baca. Bagi yang sudah meny£sal baguslah, kita semua manusia pernah buat kesal@han.
"Saya pun pernah buat sal@h. Pada yang sudah minta maaf, terima kasih. Saya harap mereka teruskan untuk berbuat baik," tuturnya.
Selain itu, Sophia turut men£gaskan bahawa tindakan undang-undang yang diambil bukan semata-mata untuk kepentingan diri tetapi sebagai pengajaran kepada semua agar lebih bertanggungjawab dalam menggunakan media sosial.
"Bagi saya apa yang dilakukan (tindakan undang-undang) dapat buat netizen sedar bahawa perkara ini (komen j£lik) tak boleh buat main-main.
"Mungkin selama ini mereka (netizen) rasa negara ini macam tiada peraturan jadi boleh komen suka hati, fitn@h atau memburukkan orang. Diharap tindakan yang saya buat ini dapat memberi manfaat kepada orang lain," katanya.
Pada 9 Ogos lalu Sophia tampil membuat laporan di Balai Polis Travers, Kuala Lumpur selepas menerima mesej yang keterlaluan di media sosial miliknya, dimana ia bukan sekadar kec@man, malah ada yang berani mengirim pesanan tidak sen0noh dan ia merupakan satu tindakan g@ngguan s£ksual.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment