Semua sedia maklum mengenai penyanyi yang juga anggota kumpulan Dolla iaitu Sabronzo dimana dia didakwa sudah berkahwin baru-baru ini selepas tular foto perkahwinan di sebuah pantai di Bali.
Terbaru, Sabronzo atau nama sebenarnya, Wan Sabrina Wan Rusli, dikatakan berada di lapangan terbang bersama lelaki yang didakwa sebagai suaminya, DJ Dash Berlin.
Perkara itu dikongsikan seorang pengguna media sosial yang memuat naik video pendek, dimana dakwanya, dia terser£mpak dengan pasangan tersebut yang dalam perjalanan menaiki pesawat.
"Jadi, betullah kan dah kahwin? S£rius, cantik betul depan-depan," tulis pemilik akaun bernama Syasyo itu.
Dalam video tersebut, Sabronzo dilihat berjalan di hadapan diikuti DJ Dash serta tiga anggota keluarga termasuk seorang kanak-kanak.
Sebelum ini, hangat diperkatakan di media sosial selepas h£boh dengan penularan gambar memaparkan Sabronzo dan DJ Dash meraikan majlis perkahwinan mereka bertemakan pantai di Bali.
Namun sehingga kini, Sabronzo masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan perkahwinan itu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment