"Saya nak ucap terima kasih kepada anda semua di luar sana yang sentiasa mendoakan saya dan Fatima. Sepanjang setahun ini banyak yang saya lalui tapi Alhamdulillah syukur, dengan adanya bantuan Allah saya dapat melalui semuanya dengan tenang, bahagia dan penuh hikmah.
"Tahun ini adalah ulang tahun kelahiran yang paling bermakna di mana kali terakhir saya rasa gembira menyambutnya ketika arwah bapa saya masih ada."
Demikian kata pelakon Fazura, dimana dia meluahkan rasa terharu apabila menerima k£jutan daripada staf serta kenalan rapat sempena ulang tahun kelahirannya ketika sesi siarang langsung di media sosial pada Jumaat lalu.
Menerusi satu video yang dikongsikan semula di media sosial, Fazura mengucapkan terima kasih buat mereka yang mendoakan dirinya dan anak perempuannya, Nur Fatima Aisya.
Fazura dalam masa sama turut mengakui dirinya kini berada di fasa lebih tenang dan bahagia serta Allah yang lebih mengetahui isi hatinya.
"Alhamdulillah saya berada dalam fasa yang sangat tenang dan bahagia. Allah menjadi saksi, Allah mendengar, melihat serta mengetahui isi hati saya yang sebenar-benarnya," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment