"Kisahnya bermula pada 21 Disember 2001 saya pernah menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan dan dapat nombor dua sebagai pemenang mingguan. Waktu itu saya menjalani sesi uji bakat di Selayang Mall.
"Tapi rezeki saya lebih berpihak kepada bidang lakonan. Bila dikaji oleh ahli makmal sains akak lebih sesuai jadi pelakon," tutur pelakon Noorkhiriah, dimana dia meng£jutkan peminat apabila pernah menyertai pr0gram realiti popular, Sinaran Pasport Kegemilangan pada 2001.
Kongsi Noorkhiriah atau nama penuhnya, Noorkhiriah Ahmad Shapie, 47, menerusi penyertaan itu dia berjaya mendapat tempat kedua dalam persembahan mingguan, namun akui pelakon itu, rezekinya lebih berpihak dalam bidang lakonan berbanding nyanyian.
Perkongsian pelakon drama 'Nur' ini di media sosial miliknya itu dibuat dipercayai selepas video dia menyanyikan lagu 'Layar Impian' bersama penyanyi Lan Solo tular.
Klik untuk gambar besar
"Nyanyian hanya setakat kenduri-kenduri kahwin dan tak boleh berkembang. Suara pun kalau tak pantau bunyi macam itik dan kadang-kadang macam ters£pit pintu," ujarnya.
Sementara itu, Noorkhiriah turut bercakap soal kebolehannya dalam bidang nyanyian, dimana pelakon itu secara jujur mengakui, dia hanya sesuai menyanyi dalam persembahan santai, termasuk di majlis kenduri kahwin memandangkan suaranya bukan dalam kategori profesional.
"Tapi bolehlah kalau nak suruh menyanyi satu dua lagu sambil bayangkan bukan penyanyi sebenar. Begitulah kisahnya. Nama pun anak seni, kenalah cuba semua.
"Masa saya menang Sinaran, hadiahnya vakum, jam tangan dan duit. Bawa balik naik bas mini. Struggl£ is real tapi itulah kehidupan," jelas Noorkhiriah yang sebelum ini muncul sebagai artis jemputan dalam video Suka Suka Karoks.
Video nyanyian Noorkhiriah yang dimuat naik di saluran YouTube milik Lan atau Muhammad Razlan Mohamed Yusof, 40, pada Jumaat, berjaya mendapat perhatian ramai, termasuk ada yang memuji kelunakan vokal pelakon berkenaan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment