22 September 2025

TAMPIL BERTUDUNG, SIFATKAN PERTEMUAN SEBAGAI TAKDIR - NETIZEN TERTANYA ADAKAH AMEERA KHAN & JEFRI NICHOL PERGI KURSUS KAHWIN?



"Takdir yang indah (Qadarun Jameel)," itulah tulis personaliti media sosial, Ameera Khan menerusi media sosial miliknya, dimana dia memuat naik swafoto bersama kekasihnya, pelakon dari Indonesia iaitu Jefri Nichol.

Dalam foto tersebut, Ameera atau nama penuhnya Nur, Ameera Abdul Halim Khan, 25, kelihatan manis mengenakan busana serba hitam lengkap bertudung, manakala Jefri pula segak dengan kemeja putih.

Perkongsian Ameera itu telah menarik perhatian netizen di media sosial, apabila adik kepada selebriti popular, Noor Neelofa ini turut menyifatkan pertemuannya dengan Jefri sebagai satu takdir yang indah.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi p0sitif dan tidak kurang juga yang membuat sp£kulasi mengenai hubungan mereka.

Klik untuk gambar besar

Ada yang menyifatkan pasangan itu kelihatan serasi, selain juga memuji Ameera yang cantik mengenakan tudung.

Tidak kurang juga, ada yang tertanya-tanya adakah pasangan tersebut menghadiri kursus perkahwinan serta turut mendoakan agar segala urusan dipermudahkan.

"Mereka ada senyuman yang sama, mesti jodoh kuat ni.
"Pergi kursus kahwin ya, Ameera?

"Semoga cepat-cepat terikat dalam ikatan suci pernikahan," antara komen-komen netizen.

Bagaimanapun, setakat ini, tiada pengesahan rasmi daripada kedua-dua pihak berkenaan status sebenar hubungan mereka.

Terdahulu, Ameera meluahkan rasa syukur impiannya untuk memiliki lelaki yang memenuhi ciri idamannya menjadi kenyataan, selain turut menyifatkan Jefri seorang lelaki yang setia serta penyabar.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: