14 September 2025

"WALAUPUN P£RIT UNTUK SAYA DENGAR, TAPI BENDA ITU (KRIT1KAN) JUGA YANG MENGUATKAN SAYA..." - AINA ABDUL ANGGAP KEMENANGAN DI AIM24 PENCAPAIAN PALING BERMAKNA, SEBAK TERINGAT SEGALA USAHA & PENAT LELAH



"AIM memang antara anugerah yang saya tunggu dalam hidup saya. Ini boleh dikatakan sal@h satu anugerah ikonik di Malaysia selain Anugerah Juara Lagu (AJL). Jadi, saya memang mengimpikan untuk menggenggam anugerah ini.

"Trofi ini boleh dikatakan penguat terbaru saya untuk berkarya. Terima kasih kepada pihak juri yang meluangkan masa berjam-jam memilih lagu yang terbaik dan akhirnya memilih lagu ini (Jangan M@ti Rasa Itu).

"Saya memang sangat tak sangka dihargai seperti ini. 'Jangan M@ti Rasa Itu' adalah antara lagu yang sangat bermakna dalam hidup saya," demikian ujar penyanyi Aina Abdul.

Kemenangan berganda Aina dalam Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24) menerusi lagu hit 'Jangan M@ti Rasa Itu' itu mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai sal@h seorang artis berp£ngaruh di Malaysia.

Aina atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani, 32, yang berasa terharu serta sebak apabila teringat penat lelah itu menyifatkan kemenangan tersebut antara pencapaian paling bermakna dalam kerjaya seninya.

Klik untuk gambar besar

Menurut penyanyi itu lagi, lagu tersebut bukan sekadar sebuah karya seni tetapi menjadi cerminan em0si dan perjalanan jiwanya sendiri, selain tidak menafikan bahawa perjalanan dalam industri muzik kadangkala penuh dengan cab@ran dan keraguan.

"Saya datang daripada latar belakang sebagai penulis lagu. Kadang-kadang kita rasa, apa yang kita tengah buat dan apa yang kita cuba hendak capai dalam industri ini? Saya akui sebagai seorang penyanyi, pasti ada pelbagai perkara dirasai.

"Kadang-kadang sebagai penulis, perlu menepati 'd£adline' dan kita buat apa yang perlu. Tetapi saya percaya ilham daripada Allah itu benar dan saya sentiasa berterima kasih kerana dalam titik terendah hidup, Allah sentiasa hadirkan karya ataupun melodi lagu terbaik untuk saya.

"Kadang-kadang mungkin saya fikir saya buat lagu itu untuk menyembuhkan hati yang luk@, tapi sebenarnya saya tak sangka lagu itu menyembuhkan hati peminat-peminat dan membantu mereka yang terluk@ di luar sana," tuturnya.

Dalam pada itu, Aina turut mengulas mengenai kec@man dan kata-kata neg@tif yang diterimanya sepanjang bergelar anak seni, dimana dia berkongsi tentang bagaimana krit1kan di media sosial pernah memberi k£san em0si, namun lama-kelamaan menjadi pembak@r semangat.
"Saya boleh katakan krit1kan mereka (netizen) itu walaupun p£rit untuk saya dengar, tapi benda itu juga yang menguatkan saya secara tidak langsung kerana mereka jugalah nama saya dipetik.

"Jadi saya bersyukur walaupun dalam kesedihan itu, ada juga kebahagiaannya iaitu nama saya dipetik di media sosial. Jadi itu pun sal@h satu anugerah untuk saya apabila orang ingat siapa Aina Abdul.

"Saya berterima kasih kepada Aination yang sentiasa sokong saya. Mereka yang sentiasa menjadi tentera saya. Saya mungkin tak baca semua komen, tetapi mereka baca dan sentiasa menjadi 'per1sai' saya," katanya.

Malam kemuncak AIM24 yang berlangsung semalam itu menyaksikan Aina menang besar apabila berjaya merangkul empat kategori utama termasuk Lagu Terbaik, Lagu Pop Terbaik dan Vokal Wanita Terbaik menerusi lagu 'Jangan M@ti Rasa Itu'.

Malah Aina turut memenangi kategori Rakaman Album Terbaik (Imaji Deluxe Edition) yang diumumkan lebih awal pada Jumaat.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: