Sekitar pagi tadi, majlis khatam al-Quran bakal Raja Sehari iaitu penyanyi Amira Othman, 31, telah berlangsung dengan pimpinan Ustazah Asni Mansor.
Dalam majlis yang turut dihadiri rakan selebriti, Datin Paduka Umie Aida, Betty Rahmad dan Ika Nabella itu menyaksikan Amira kelihatan manis dan sopan dalam persalinan jubah rona 'beige', dimana ia mendapat pujian peminat yang memuji kejelitaan penyanyi itu yang terserlah keayuannya.
"Masya Allah Tabarakallah, cantiknya ayu dan 'cute' manis manis menawan, Bertuah Abang Long (Fattah Amin) sebab Allah anugerahkan isteri secantik Kak Long," komen seorang peminat.
Ramai peminat meluahkan rasa tidak sabar menantikan sesi 'live' majlis pernikahan Amira dan pasangannya, pelakon Fattah Amin yang akan disiarkan secara langsung di Unifi TV, mulai jam 8 malam ini.
Klik untuk gambar besar
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment