Menerusi perkongsian di media sosial, pelakon dan usahawan, Nur Fazura telah memuat naik video khas sempena pemergian bapa tercintanya, Sharifuddin Adnan yang kini sudah memasuki 25 tahun.
Tanggal 14 September 2000 menjadi detik menyedihkan buat Fazura atau nama penuhnya, Nur Fazura Sharifuddin, 42, apabila mengenang tarikh itu.
"14 September. 25 tahun berlalu... takkan hilang cintaku padamu. Al- Fatihah... Papa," tulis Fazura yang turut menyertakan emoji menadah tangan berdoa, sejambak bunga dan hati berwarna putih dalam hantaran itu.
Melihat pada perkongsian video terbabit, Fazura telah mengimbas semula momen dia menggayakan busana rekaan Zaimi Zulkafli yang memaparkan wajah bapanya di bahagian belakang.
Klik untuk gambar besar
"Cinta pertama dan tak pernah luntur, adalah ibu bapa kita. Semoga arwah papa Faz ditempatkan orang-orang beriman."
"I feel you. Al- Fatihah. Hanya yang kehilangan sosok ayah lebih mengerti."
"Al- Fatihah dibaca buat arwah papa kesayangan kak Faz."
"Seorang insan yang cinta dan sayangi Fazura sejati.. Cinta pertama dan selamanya. Semoga arwah diletakkan di kalangan yang soleh di sisi Allah," itulah komen-komen yang ditulis pengguna media sosial.
Perkongsian Fazura itu suk@r digambar dengan kata-kata mengenai perasaan rindu seorang anak terhadap bapa yang sudah 'pergi' bertemu Pencipta buat selamanya dan hanya doa berterusan yang mampu dititipkan.
Difahamkan, Fazura yang mempunyai seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya hasil perkahwinan dengan bekas suaminya, pelakon Fattah Amin itu kini sedang bercuti bersama rakan-rakannya di negara jiran, Thailand.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment