03 September 2025

ZIARAH SOFFI JIKAN YANG DIRAWAT DI HOSPITAL - FINAS HULUR SUMBANGAN & BAKUL MAKANAN



"FINAS sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan penggiat seni. Soffi Jikan ialah pelakon serba boleh yang telah memberi sumbangan melalui karya beliau dalam filem dan drama tempatan. Kami mendoakan agar beliau segera sembuh dan kembali berkarya untuk industri."

Itulah kata Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Hans Isaac, 54, dalam kenyataan, selepas Kepimpinan FINAS semalam menziarahi pelakon Mohamad Shoffi Jikan atau lebih dikenali Soffi Jikan yang kini dirawat di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.

Maklum Hans atau nama sebenarnya, Gerald Hans Isaac, kunjungan itu di bawah inisiatif Ziarah Seni MADANI dan sebagai tanda solidariti serta keprihatinan terhadap pelakon berusia 54 tahun itu yang telah banyak berjasa kepada industri perfileman tanah air.

Klik untuk gambar besar

Dalam kunjungan tersebut, pelakon filem 'KL G@ngster' itu telah menerima sumbangan wang tunai serta bakul makanan dan buah-buahan sebagai tanda sokongan FINAS terhadapnya.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Warga Industri, Kebajikan dan Data Industri FINAS Rozaidi Abdul Jamil atau Zed Zaidi, ahli jawatankuasa hal ehwal FINAS serta pegawai perbadanan itu.

Pr0gram Ziarah MADANI FINAS bertujuan meringankan beban penggiat seni yang memerlukan bantuan, khususnya dalam aspek kebajikan dan kesihatan.
Terdahulu, Soffi telah menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh sejak tiga minggu lalu selepas mengalami jangk1tan kum@n pada hati.

Bagaimanapun, pelakon itu dipindahkan ke Hospital Sultan Idris Shah Serdang, Selangor bagi mendapatkan rawatan lanjut berkaitan mas@lah jantung yang sedang dihadapinya.

Soffi pada mulanya dimasukkan ke hospital akib@t jangk1tan dem@m d£nggi dan k£ncing t1kus (lept0spir0sis).

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: