"Saya tidak tahu," jawab Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin ketika ditanya adakah beliau mengetahui secara pasti isterinya, pelakon Datin Seri Zizie Izette A Samad telah menerima wang RM2.8 juta daripada dua ej£n itu.
Sementara itu, Bung men£gaskan di Mahkamah Sesyen semalam, dimana beliau tidak pernah menerima r@suah RM2.8 juta berkaitan pel@buran Felcra Berhad kira-kira 10 tahun lalu.
Menerusi laporan Sinar Harian, Bung Moktar menyatakan tiada rakaman video, gambar atau perbualan direkodkan berhubung dakwaan penerimaan wang daripada dua ej£n pel@buran Public Mutual Berhad.
"Saya tidak menerima wang itu secara langsung atau tidak langsung, malah tiada bukti menunjukkan aliran wang kepada saya. Tidak ada bukti," katanya.
Klik untuk gambar besar
"Tidak pernah, kerana saya langsung tidak tahu mengenai perkara itu," jelasnya yang turut berkata, tiada mana-mana pihak memaklumkan kepadanya mengenai isu tersebut sehinggalah beliau dipanggil oleh Suruhanjaya Penc£gahan R@suah Malaysia (SPRM) sekitar tahun 2016 atau 2017.
Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar didakwa atas dua pertuduhan menerima r@suah sebanyak RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan FELCRA untuk membuat pel@buran RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


No comments:
Post a Comment