24 October 2025

70 DOA NABI - NEELOFA PASANG TARG£T NAK HAFAL : "IT IS NEVER TOO LATE TO START, ASALKAN ADA SEMANGAT & KEMAHUAN"



"Targ£t nak hafal 70 doa Nabi. Ingat, hafal, lancar, baca dan faham makna by Disember. Sekarang mungkin ada 20 lebih baru dengan izin Allah."
Itulah tutur Noor Neelofa, dimana selebriti terkenal itu berkongsikan, dia dalam usaha untuk menghafal beberapa doa yang diamalkan oleh nabi.

Neelofa yang berkongsi perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di media sosial, berkata, dia memasang niat serta sas@ran untuk menghafal sebanyak 70 doa nabi serta memahami maksudnya sehingga Disember ini.

Dalam perkongsian itu juga, Neelofa turut memberitahu, perkongsian tersebut dibuat kerana mahu memberikan semangat untuk melakukan sesuatu yang baik serta mengajak pengikutnya untuk sama-sama berbuat demikian.

"Kenapa saya kongsi perkara ni? Untuk kongsi semangat. It is never too late to start. Asalkan ada semangat dan kemahuan. Jom sama-sama," tulisnya lagi.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: