"Isu bayaran ini kita bukan sebab artis itu 'demand', tapi kena lihat dari sudut profesionalisme. Sebagai selebriti, kita jaga industri kita. Ramai bising bayaran tak setimp@l, jadi siapa nak jaga kalau bukan selebriti sendiri."
Demikian ujar ahli kumpulan Floor 88, Eric Fuzi, 33, dimana katanya, isu bayaran tidak boleh dipandang ringan kerana ia mencerminkan nilai dan standard dalam dunia seni.
Sebelum ini, isu bayaran artis sering menjadi topik hangat apabila ada yang mendakwa golongan selebriti terlalu 'demand' dalam meletakkan harga untuk sesuatu persembahan atau kerjasama.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, ulas Eric lagi, jika ada artis yang sanggup menurunkan harga semata-mata untuk mendapatkan tawaran kerja, tindakan itu secara tidak langsung menunjukkan sikap mementingkan diri sendiri, malah boleh memberi k£san neg@tif kepada industri hiburan secara keseluruhan.
"Kalau ada artis yang buang harga sebab nak dapat kerja, maknanya dia pentingkan diri sendiri. Dia tak jaga ekosistem selebriti yang bekerja. Jadi, kena jaga rate dan standard bukan kerana 'demand', tapi sebab menghormati nilai kerja seni," tuturnya.
Meskipun pernah menerima tawaran yang dianggap tidak masuk akal, Eric atau nama penuhnya, Muhamed Eric Muhamed Fuzi, berkata, mereka tetap menanganinya dengan cara profesional.
Disamping itu, ujar Eric, sebagai penggiat seni yang menjadikan muzik sebagai kerjaya, aspek bayaran wajar ditetapkan pada kadar berpatutan memandangkan ia melibatkan masa, tenaga serta ilmu yang dipelajari.
"Pernah juga dapat tawaran tak masuk akal, tapi taklah kami tolak mentah-mentah. Kena tapis dan tengok situasi juga. Kalau kerap berlaku pun rasa tak seronok. Benda ini ada standard. Orang belajar tinggi-tinggi untuk dibayar setimp@l, itu yang kena jaga," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment