"Ada saja kawan-kawan yang mencadangkan saya melakukan jalan pintas untuk menurunkan berat badan. Tapi saya menolak dengan cara baik. Saya tidak mahu menyebut apa yang mereka sarankan.
"Cuma saya tanya k£san yang akan dilalui sekiranya melakukan jalan pintas itu. Saya pun balik rumah dan fikir. Tidak menafikan masih ada 'nafsu' untuk mengambil jalan pintas jadi kurus."
Itulah kata penyanyi Misha Omar, 43, dimana dia pernah menerima pelbagai saranan daripada rakan-rakan untuk menurunkan berat badan secara mudah dan cepat.
Dalam pada itu, Misha atau nama sebenarnya, Samihah @ Aishah Omar, berkata, dia bimbang dengan k£san jangka panjang yang bakal dialaminya nanti dan berhubung itu, dia memilih untuk menolak cadangan tersebut.
Klik untuk gambar besar
Menurut Misha, dia bagaimanapun bersyukur apabila suaminya iaitu Firos Ezzwan Rossly antara pendorong utama yang membuatkan dia memilih untuk menjalani gaya hidup sihat tanpa mengambil jalan mudah.
"Saya tanya pendapat suami, dia cakap lihat saja dirinya yang berisi. Dia masih sihat, gembira dan boleh bekerja. Kata suami saya lebih kecil (kurus) daripada dia.
"Suami cakap tak perlulah ambil jalan pintas itu kerana t@kut kac@u mood saya pula nanti. Sudahnya saya tak jadi untuk buat cara pintas itu," ujar penyanyi lagu 'Bunga-Bunga Cinta' itu.
Meskipun berat badannya menurun agak perlahan, namun Misha berkata, dia tetap berasa yakin dan selesa dengan dirinya.
Disamping itu, Misha turut mengulas mengenai persepsi masyarakat terhadap penampilan selebriti, dimana tuturnya, masih ramai yang meletakkan standard kecantikan terlalu tinggi.
"Saya tidak menafikan manusia suka melihat kesempurnaan. Idola mereka 'barbie' (cantik). Berat badan saya pun baru turun. Saya rasa di usia begini, saya jadi lebih yakin. Walaupun berisi sedikit tapi saya rasa peminat tetap sayang saya," jelasnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment