24 October 2025

NAFI WUJUD DAKWAAN ORANG KETIGA - NUBHAN TAMPIL JELASKAN WANITA ITU SUDAH DIKENALI LEBIH 20 TAHUN, MALAH DIANGGAP SEPERTI KAKAK



"Wanita itu orang kampung saya. Dia dan anak-anak kadang-kadang datang ke rumah. Saya sudah kenal dia dan keluarganya lebih 20 tahun dan kami memang rapat.

"Dia juga ada mas@lah buah pinggang. Kadang-kadang dia tumpang tinggal di rumah sebab rumah saya lebih dekat dengan hospital. Bila datang, dia rapat juga dengan isteri dan anak-anak saya.

"Isteri saya pun kerap ajak dia datang ke rumah, walaupun saya tiada di rumah waktu itu. Isteri saya pun pernah ajak dia keluar membeli-belah bersama.

"Tapi bila orang nampak dia datang ke rumah dengan anak-anaknya, ada yang sal@h tafsir dan kaitkan dengan isu perceraian kami. Saya rasa tuduhan itu tak wajar.

"Kalau ada kenalan kampung datang menumpang, takkan saya nak halau? Dia pun s@kit. Saya hanya hulur bantuan sebab simpati dan atas dasar kemanusiaan. Tak ada perkara lain antara kami."

Demikian jelas penyanyi Nubhan, 39, dimana dia menafikan dakwaan wujud orang ketiga atau skand@l yang menjadi punca ker£takan rumah tanggnya dengan isteri, Dr Afifah Hidayah.

Klik untuk gambar besar

Kata Nubhan, wanita yang dikaitkan dengannya itu sudah dikenalinya lebih 20 tahun dan berasal dari kampung halaman yang sama, selain turut memberitahu, isterinya juga mengenali wanita berkenaan dan beberapa kali menjemputnya datang ke rumah kerana simpati dengan keadaan kesihatannya.

Nubhan dalam masa sama meluahkan rasa terkil@n apabila hubungan akrab dengan wanita tersebut disal@h ertikan apabila dikaitkan dengan punca kem£lut rumah tangganya, sebaliknya dia hanya menghulurkan bantuan.

Menurut pemilik nama sebenar, Ahmad Nubhan Ahamad, hubungannya dengan wanita yang menghadapi mas@lah buah pinggang itu berlandaskan ihsan dan bantuan memandangkan mereka sudah kenal rapat sejak 20 tahun lalu.

Selain itu, Nubhan berkata, hubungan antara keluarganya dan wanita itu juga sangat baik, malah isterinya sendiri sering meminta bantuan wanita berkenaan untuk mengambil anak-anak dari sekolah atau menghantarnya ke tempat kerja.

"Isteri saya selalu juga minta tolong dia ambil anak sekolah, kadang-kadang hantar isteri pergi kerja. Hubungan tu memang rapat macam keluarga bukan benda luar biasa pun, sebab kita memang rapat sesama orang kampung.
"Bila orang kata dia tu orang ketiga, saya rasa kelakar. Sebab kami rapat macam keluarga, macam kakak sendiri. Tak ada apa-apa pun yang lebih daripada itu.

"Hubungan kami masih baik, cuma dia (wanita itu) agak tert£kan dengan tuduhan-tuduhan yang keluar. Tapi kami tahu apa yang sebenarnya berlaku," jelasnya.

Sebelum ini, anak kepada wanita tersebut iaitu pelakon Syamim Razi tampil mempertah@nkan keluarganya selepas mendakwa ibunya menjadi m@ngsa fitn@h berhubung isu penceraian antara penyanyi Nubhan dan bekas isterinya.

Syamim menerusi hantaran dalam Facebook, men£gaskan bahawa dia tidak akan berkompr0mi dengan mana-mana individu yang meny£barkan tuduhan palsu dan meman1pulasi gambar-gambar melibatkan dirinya serta keluarga.

Terdahulu kisah perceraian Nubhan dan Dr Afifah meng£jutkan ramai selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga, malah Dr. Afifah turut mendedahkan, ini bukan kali pertama dia diceraikan kerana Nubhan pernah melafazkan talak ketika dia mengandungkan anak pertama.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: