"Elvina ke yang tidur tu? Apa bendalah cerita macam ini, Elvina itu sudah ada keluarga." - "Senang betul bersentuhan dengan orang lain padahal sudah jadi isteri orang. Kenapa Elvina ambil job ini, kau dah ada laki kot.
"T£ruknya babak ini, mer0sakkan minda anak-anak muda," itulah antara komen-komen netizen yang meluahkan rasa kurang senang melihat aksi mesra lakonan Datin Elvina Mohamad bersama pelakon Hazeeq Deen, dalam sedutan drama terbaharu berjudul 'Safira'.
Menerusi klip video berdurasi 57 saat yang dimuat naik di akaun media sosial rasmi iQiyi Malaysia, memaparkan Elvina atau nama sebenarnya, Norzalina Mohamad, 30, berada di atas katil bersama pelakon lelaki itu.
Klik untuk gambar besar
Dalam kalangan netizen, mereka berpendapat babak pan@s yang menc£tuskan perhatian dan perd£batan hangat di media sosial itu tidak wajar dilakonkan oleh Elvina yang merupakan seorang wanita berstatus isteri orang.
Bukan itu sahaja, rata-rata netizen juga menganggap adegan berunsur s£ksual itu tidak sesuai untuk ditayangkan dan boleh memberi pengaruh neg@tif kepada penonton, khususnya golongan muda.
Sementara itu, usaha media untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada Elvina mengenai isu berkenaan tidak berjaya : "Saya ada acara sekarang, nanti hubungi saya balik," katanya.
Sebelum ini, netizen meluahkan rasa kurang senang selepas menonton sedutan klip video adegan pan@s dalam drama yang sama dipercayai diterbitkan syarikat pr0duksi, MIG Productions.
Menerusi video yang dimuat naik, terdapat babak meng£likan antara dua pelakon yang tidak diketahui identitinya sedang melakukan babak ranj@ng di atas katil serta beberapa aksi ket£rlaluan.
Malah sebelum adegan itu, terdapat babak pan@s, dimana pelakon lelaki itu menangg@lkan gaun dan pakaian dal@m wanita tersebut.
Drama 'Safira' arahan Ejump Mohd itu turut dibintangi pelakon terkenal seperti Datuk Aaron Aziz, Redza Rosli, Sazzy Falak, Emelda Rosmila, Malek McCrone dan Shakley Wong.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!





No comments:
Post a Comment