13 October 2025

ADAKAN MAJLIS MITONI (MANDI BUNGA) & 'GENDER REVEAL' - SITI SALEHA & SUAMI BAKAL TIMANG CAHAYA MATA LELAKI



"Alhamdulillah, majlis mitoni (mandi bunga) dan 'gender reveal' berjalan lancar. Kami akan dapat anak lelaki."

Itulah kata Siti Saleha, 35, menerusi satu hantaran ringkas di media sosial miliknya, dimana pelakon itu memaklumkan bahawa dia dan suaminya, Joshua Fitton bakal menimang cahaya mata lelaki.

Dalam hantaran itu juga, Saleha atau nama sebenarnya, Siti Saleha Mohd Baharum, turut berkongsi kenangan majlis istimewa iaitu acara mandi bunga.

Melihat pada video yang dikongsikan Saleha, kelihatan acara bersiram dilakukan oleh suaminya, selain beberapa ahli keluarga yang lain.

Untuk info, majlis mitoni atau mandi bunga merupakan sal@h satu adat Jawa yang biasanya dilakukan oleh wanita hamil apabila usia kandungan mencecah tujuh bulan.

Klik untuk gambar besar

Ia juga merupakan upacara untuk mendoakan kesejahteraan serta keselamatan ibu dan anak yang bakal dilahirkan.

Pada acara berkenaan, kelihatan juga tetamu melepaskan kepulan asap berwarna biru yang menjadi tanda bahawa Saleha bakal menimang cahaya mata lelaki.

Pada Julai lalu, Saleha telah berkongsi khabar gembira, dimana dia dan suaminya itu bakal menimang cahaya mata pertama selepas pelakon itu mengesahkan dirinya kini sedang hamil.

Untuk makluman, Saleha mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama Fitton pada 15 Februari lalu dalam satu majlis yang berlangsung di Janda Baik, Pahang.

Terdahulu, Saleha pernah berkahwin dengan Ahmad Lutfi Azhar pada 28 Julai 2017, sebelum bercerai pada 17 Januari 2022 di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor. Hasil perkahwinan itu, mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: