"Sewaktu Auddra buat persembahan tiba-tiba Idan (panggilan bapa tiri Amad) hubungi saya ketika itu masih siaran langsung. Dia tanya fasal kawan saya yang Ustaz dan beritahu keadaan Amad tidak baik.
"Saya terk£jut dan bila beritahu Saerah dia terus c£mas. Jadi bila Auddra habis buat persembahan saya terus ke belakang dan lihat keadaan Amad memang saya sedih dan bersimpati."
Demikian jelas pelawak dan usahawan, Shuib, 41, dimana dia meluahkan rasa simpati terhadap penyanyi remaja, Amad yang r£bah sebelum selesai membuat persembahan dalam Grand Finale Talk To My Manager (TTMM) yang berlangsung pada malam Ahad.
Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad, berkata, semasa pr0gram itu bersiaran langsung, dia ada menerima panggilan kec£masan daripada bapa tiri Amad yang bertanyakan mengenai seorang pengamal perubatan Islam yang dikenalinya.
Jelasnya, sebaik sahaja Amad selesai membuat persembahan, dia sekali lagi menjenguk anak kepada Siti Saerah itu di belakang pentas dan menyifatkan keadaannya ketika itu agak meris@ukan.
Malah tuturnya lagi, ketika itu pihak Amad juga sudah menerima bantuan daripada pasukan perubatan dan disahkan kesihatannya dalam keadaan baik.
"Bila habis persembahan saya dan Saerah pergi ke belakang pentas lihat keadaan dia, memang kesian. Kasut dan baju dia sudah dibuka untuk beri ruang bernafas.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, ulas Shuib, dia tidak terk£jut sekiranya kejadian yang men1mpa Amad itu ada kaitan dengan g@ngguan mist1k, memandangkan dirinya sendiri pernah berdepan situasi serupa ketika arwah isterinya, Siti Sarah bertanding di pentas sama menerusi pr0gram Gegar Vaganza (GV).
Pun begitu, Shuib percaya setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya dan ia juga akan menjadi pelajaran buat orang ramai.
"Tapi saya tidak terk£jut sangat dengan tempat ini sebab saya pun ada peristiwa mendukung Siti Sarah di sini. Saya harap Amad tidak putus asa, rezeki dia murah sebab orang buat dia macam itu mesti ada hikmah," ujarnya.
Sementara itu, anak kepada Shuib iaitu Thalita, 12, yang turut serta dalam pr0gram terbabit juga meluahkan rasa simpati terhadap Amad selepas melihat sendiri usaha gigih yang dicurahkan sepanjang sesi latihan sebelum malam finale itu berlangsung.
"Saya rasa kesian sangat dengan dia sebab tengok latihan dia sangat bagus, vokal dia mantap! Habis persembahan untuk tukar baju dia sempat cakap tahniah pada saya, dalam 20 minit tiba-tiba Uncle Idan tanya ustaz duduk mana dan minta nombor telefon," kongsinya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment