15 October 2025

ADAKAN MAJLIS RESEPSI DI JOHOR - FATTAH AMIN SIFATKAN AMIRA OTHMAN ISTERI SYURGA, SENTIASA UTAMAKAN SUAMI



"Amira sentiasa utamakan suami. Itu antara perkara yang buat saya rasa sangat istimewa tentang dia. Apa juga keputusan, dia akan dahulukan saya, tanya pendapat, minta izin dan ambil tahu apa yang saya suka.

"Itu buat saya rasa dia sangat istimewa, dia isteri syurga," itulah kata pelakon Fattah Amin, 35, menerusi media sosial baru-baru ini, dimana dia menyifatkan isterinya, penyanyi Amira Othman, 32, seorang wanita yang sentiasa mendahulukan suami dalam setiap perkara.

Ujar Fattah dalam video yang dimuat naik, keperibadian diri Amira itu membuatkannya berasa sangat tenang, sekali gus gembira dengan nikmat kehidupan berumah tangga mereka.

Klik untuk gambar besar

Pada Sabtu lalu, majlis resepsi pasangan itu telah diadakan dengan penuh meriah di Johor Bahru, bertemakan tradisional Melayu.

"Selesai majlis resepsi di Johor Bahru. Kami memilih concept traditional untuk sanding di Johor dan mengekalkan tradisi Johor. Kami memilih baju kurung dan baju melayu teluk belanga. Terima kasih semua yang memeriahkan majlis," tulis Amira menerusi media sosial miliknya.
Sebelum ini, Fattah turut berkongsi dia dan Amira meraikan bersama-sama ulang tahun kelahiran ke-5 anaknya, Nur Fatima Aisya, selepas pulang dari berbulan madu.

Untuk makluman, Fattah dan Amira sah bergelar suami isteri pada 14 September 2025 di Golden Palm Tree Resort, Sepang, selepas menjadi 'teman sekerja' selama beberapa bulan dan mahu bercinta selepas kahwin.

Terdahulu, Fattah pernah bercerai dengan pelakon Nur Fazura pada 7 Oktober 2024. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan selama tujuh tahun hidup bersama sejak 2017.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: