15 October 2025

ANAK LUAH RASA SYUKUR A AIDA SUDAH DIBENARKAN PULANG : "TERIMA KASIH ATAS DOA SEMUA"



"Mama dah dibenarkan pulang, Alhamdulillah. Terima kasih atas doa semua. Sekarang dia perlu berehat (bersama anak kesayangannya) untuk beberapa bulan sebelum kembali berdiri sendiri tanpa bantuan."
Demikian tutur anak kedua penerbit dan pelakon, Datuk A Aida iaitu Azeva Nastassha, dimana dia memaklumkan ibunya itu kini dibenarkan pulang selepas dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan sejak 25 September lalu.

Azeva yang berkongsi khabar gembira itu menerusi satu hantaran di media sosial, turut berkata, doktor juga meluahkan rasa kagum dengan kemajuan kesihatan yang ditunjukkan Aida.

"Kata doktor, situasinya sangat luar biasa dan semuanya berkat doa semua. Saya sangat berterima kasih kepada semua," tulisnya yang juga berkongsi gambar terbaharu ibunya itu yang sedang disorong di atas kerusi roda.

Terdahulu, A Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 55, dilaporkan mendapat rawatan lanjut di ICU akib@t r£bah selepas melakukan fisi0terapi pada 25 September lalu.

A Aida bagaimanapun mula sedar beberapa hari kemudian dan dipindahkan ke wad biasa untuk pemantauan rapi doktor.

Sebelum itu, pemilik A Aida Pr0duction itu menjalani pemb£dahan lutut pada Selasa, 23 September lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: