"Saya difahamkan suami (Nubhan) kepada anak guam saya melafazkan talak ketika mereka berdua berada di dalam kereta sekitar akhir Ogos tahun ini.
"Cuma saya tak pasti sama ada hakim akan beri keputusan atau mengesahkan perceraian mereka esok kerana biasanya perlu ada sias@tan dulu.
"Punca diceraikan, kita tunggu sahaja esok. Sebarang maklum bal@s membabitkan anak guam saya boleh dijawab selepas pr0siding selesai."
Itulah kata peguam yang mewakili isteri kepada penyanyi Nubhan, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader, dimana beliau mengesahkan anak guam itu selaku plantif akan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Sepang seperti dijadualkan bagi pr0siding sebutan pertama.
Klik untuk gambar besar
Perkara itu dikongsikan sumber terdekat pasangan terbabit yang memaklumkan permohonan pengesahan lafaz talak itu difailkan Nubhan atau nama sebenarnya, Ahmad Nubhan Ahamad, 39, pada awal bulan lalu.
"Setakat yang saya dimaklumkan, esok merupakan pr0siding bagi pengesahan lafaz talak yang difailkan Nubhan di mahkamah syariah.
"Bila lafaz cerai itu dibuat kena tanya kepadanya. Mereka berdua akan hadir bersama peguam masing-masing," maklumnya yang enggan dikenali.
Dalam pada itu, ditanya punca yang membawa kepada permohonan dibuat Nubhan, pihak berkenaan juga meminta persoalan tersebut diajukan kepada bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam (AF6) itu sendiri.
Tuturnya lagi, Nubhan yang juga ahli perniagaan itu kini tidak lagi sebumbung dengan isterinya itu selepas melafazkan talak sekitar Ogos lalu.
"Mereka sudah tinggal berasingan. Tiga anak mereka yang kesemuanya masih kecil berada bawah jagaan isterinya," ujarnya.
Untuk makluman, Nubhan dan Afifah yang juga seorang doktor gigi itu mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 selepas hampir setahun bertunang.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8; Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia 3 tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment