"Ramai juga komen nak 'unfollow' sebab saya ke majlis kahwin. Menghadiri majlis adalah wajib ya, kecuali jika uzur. Rasanya baik Fazura dan Fattah dua-dua-dua dah 'move on' dan menemui kebahagiaan masing-masing.
"Mungkin ada yang belum 'move on' sebaiknya 'move on' dan doakan yang baik-baik untuk semua," ujar pelakon Fasha Sandha menerusi hantaran di media sosial miliknya.
Fasha berkata demikian selepas ada yang mahu 'unfollow' dirinya gara-gara dia hadir ke majlis resepsi pasangan selebriti Fattah Amin dan Amira Othman yang berlangsung di Johor baru-baru ini.
Klik untuk gambar besar
Disamping itu, Fasha turut berkongsikan mesej perbualannya dengan Amira, serta mengatakan penyanyi itu menjemput mereka sekeluarga dan melayan dengan baik.
"Mohon kita doakan yang baik-baik untuk semua orang agar baik berbalik kepada kita. MasyaAllah dia punya level menghargai kita terlalu tinggi sampai kita pun jadi segan," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment