15 October 2025

"INILAH PR0SES PEMBELAJARAN... SETIDAKNYA MIKAYLA BOLEH BERCAKAP DI HADAPAN KAMERA & TIDAK SEGAN" - RESPON NABIL AHMAD BILA ANAK SULUNGNYA DIKEC4M TAK PANDAI MENGACARA



"Dia (Mikayla) memang tengah belajar lagi sebab baru lagi dalam bidang ini (pengacaraan). Bagi saya, inilah proses pembelajaran untuk Mikayla.

"Saya nak minta semua yang menonton beri peluang, bagi komen-komen yang p0sitif. Kami ambil kec@man-kec@man ini sebagai perkara p0sitif juga, takkan tak boleh kena tegur kan?

"Sebagai ayah saya tetap bangga kerana dia boleh buat, setidaknya Mikayla boleh bercakap di hadapan kamera dan tidak segan. Jadi saya gembira untuk dia."

Demikian tutur pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad, 42, yang tampil memberi respons terhadap kec@man dan krit1kan diterima anak sulungnya, Nayla Mikayla, 13, ketika mengendalikan pr0gram Live+ Talk To My Manager baru-baru ini.

Ulas Nabil atau nama penuhnya, Ahmad Nabil Ahmad, dia melihat penyertaan Mikayla dalam pr0gram tersebut sebagai satu pr0ses pembelajaran dan perkembangan bakat anaknya itu.

Dalam pada itu, Nabil berkata, Mikayla tetap tenang dan tidak pat@h semangat Mmeskipun menerima pelbagai reaksi daripada netizen, malah menganggap krit1kan sebagai satu bentuk motivasi untuk terus belajar dan memperbaiki diri.

"Alhamdulillah Mikayla baik-baik saja, dia tidak pat@h semangat walaupun menerima kec@man ramai. Itu juga membuatkan saya rasa bangga kerana dia boleh terima.

Klik untuk gambar besar

"Saya selalu pesan apa yang dilakukan Mikayla ini sebagai satu pekerjaan. Kerja ini memang jadi tumpuan untuk orang bercakap (mengata). Mahu atau tidak kena terima secara baik.

"Kalau betul minat kena terima dan ambil saja secara p0sitif (kec@man). Kalau tak boleh terima, tak bolehlah dia kerja macam ini (dunia hiburan)," ujarnya.

Disamping itu, Nabil turut menafikan dakwaan yang mengatakan anaknya menggunakan kabel untuk mendapat tawaran sebagai hos pr0gram secara langsung itu.

Jelasnya, pemilihan Mikayla dibuat secara profesional oleh pihak Astro selepas melalui sesi uji bakat.

"Tawaran ini Mikayla dapat daripada Astro tanpa melalui saya pun. Bila pihak Astro menawarkan peluang ini kepada isteri saya yang juga pengurusnya, barulah saya tahu dia dapat.

"Jadi tak timbul isu pakai kabel. Mikayla pun melalui pr0ses uji bakat seperti orang lain. Ada juga beberapa calon lain.

"Sebelum ini pun Mikayla pernah buat pengacaraan jemputan di pr0gram The Chosen One. Jadi mesti pihak Astro nampak kebolehan Mikayla dan kerana itu mungkin tawaran ini (LivePlus TTMM) diberikan kepadanya," jelasnya.
Maklum Nabil lagi, Mikayla pernah mengikuti kelas pengacaraan bersama Datuk Aznil Nawawi, namun disebabkan jadual pengacara nombor satu Malaysia itu padat, dia hanya sempat menghadiri satu sesi.

"Sebelum ini dia masuk kelas dengan Pak Nil (panggilan Aznil) waktu pr0gram The Chosen One. Tapi Pak Nil pun sibuk jadi dapat masuk satu kelas saja.

"Selepas itu Mikayla belajar sendiri untuk menambah kemahiran mengacara. Insya-Allah selepas ini Mikayla akan terus belajar daripada Pak Nil.

"Saya memang nak dia belajar sebab Pak Nil ada teknik mengacara yang sangat baik. Saya nak dia belajar dan timba ilmu lebih banyak dengan Pak Nil," katanya.

Sebelum ini, Mikayla menerima kec@man ramai apabila video temu bual bersama penyanyi Siti Nordiana dan peserta TTMM, Ammar tular di aplikasi Thr£ads.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang dengan cara Mikayla menggendalikan pr0gram Live+ TTMM itu dan mendakwa penggunaan bahasa anak pengacara itu kurang sesuai.

Malah, netizen turut berharap Mikayla dapat belajar teknik pengacaraan dengan lebih baik sekiranya mahu meneruskan kerjaya itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: