15 October 2025

THE KNIGHTS AWARDS - AMY SEARCH ANTARA YANG PENERIMA ANUGERAH, DIANGKAT SEBAGAI IKON ROCK SEPANJANG ZAMAN



The Knights Award Musim Keempat: Beyond Borders telah berlangsung baru-baru ini dengan memilih tiga nama besar dunia seni tanah air iaitu Datuk Yusof Haslam, Datuk Rosyam Nor dan Datuk Amy Search sebagai penerima anugerah tertinggi.

Dalam majlis tersebut, Yusof diangkat sebagai Penerbit Sepanjang Zaman (Malaysia), Rosyam sebagai Pelakon Paling Diraikan Sepanjang Zaman (Malaysia), manakala Amy Search pula menerima anugerah Ikon Rock Sepanjang Zaman (Malaysia).

Berhubung penganugerahan itu, Rosyam berkata, dia sebak apabila bakatnya diiktiraf di peringkat dunia selepas lebih empat dekat berada dalam industri seni tanah air.

Klik untuk gambar besar

"Saya sudah 41 tahun dalam industri lakonan. Bila diberi penghormatan pada malam ini (semalam), saya sangat terharu kerana bukan sahaja diiktiraf di Malaysia, tetapi juga oleh lebih 122 negara. Ini sesuatu yang luar biasa dan benar-benar menyentuh hati saya," ujarnya.

Sementara itu, Presiden The Knights Award, Dr. Zyro Wong turut menyifatkan kejayaan penganjuran tahun ini membuktikan kemampuan Malaysia berdiri megah di persada antarabangsa.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: