15 October 2025

NORA ARIFFIN TAMPIL T£GASKAN HAK SEBAGAI PEWARIS SAH : "SIAPA YANG MEMBERIKAN KEIZINAN UNTUK LAGU INI?... ITU ADALAH HARTA ANAK-ANAK YATIM"



"Bagus. Sebagai pewaris, saya hanya ingin tahu, siapa yang memberikan keizinan untuk lagu ini? Hubungi Badan Perlindungan Hak Cipta Malaysia (MACP), katanya sudah membuat bayaran kepada penerbit namun perkara itu masih tergantung hingga kini."
Itulah tulis penyanyi Datuk Nora Ariffin, 52, menerusi hantaran di media sosial miliknya, dimana dia memuat naik kenyataan t£gas mengenai lagu yang dinyanyikan semula oleh penyanyi Indonesia, Datuk Seri Rossa itu.

Kata-kata Nora itu telah menimbulkan persoalan berhubung keizinan bagi rakaman semula lagu 'Sinaran' ciptaan arwah suaminya, komposer dan penerbit, Allahyarham Johan Nawawi.

Menurut Nora, kenyataannya dibuat bagi men£gaskan hak sebagai pewaris sah kepada karya ciptaan arwah suaminya yang meninggal dunia pada 24 Mac 2017.

Nora dalam masa sama turut mengingatkan orang ramai supaya tidak memandang ringan soal r0yalti serta harta intelek milik karyawan yang meninggal dunia, selain juga menghormati hak pewaris.

"Untuk pengetahuan semua, kebanyakan karyawan, sama ada komposer atau penulis lirik, tidak mempunyai pencen, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan sebagainya. R0yalti itulah pencen mereka.

"Apabila seseorang karyawan meninggal dunia, pewaris berhak untuk mendapatkan harta peninggalan atau r0yalti arwah bagi menyara anak-anak yang masih memerlukan. Itu adalah harta anak-anak yatim. Jangan kita ambil mudah dan lepas tangan," tuturnya.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak Rossa atau wakil penerbitan berhubung perkara berkenaan.

Lagu 'Sinaran' yang dicipta oleh Johan Nawawi dan dipopularkan oleh Datuk Sheila Majid pada 1986 itu dianggap antara karya klasik paling ikonik dalam industri muzik tanah air.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: