"Kad OKU Azal tercicir dan dikeluarkan pada tahun 2012. JKM minta saya buat laporan polis atas sebab tiada rekod dalam sistem, Saya terk£jut kerana semakan saya dapati ada rekod sekali dengan kod QR.
"Memang p£lik. Suami semak pun ada. Pihak JKM pula minta saya buat laporan polis mengatakan yang kad itu dah hilang. Selepas itu, kena pergi balik dekat hospital, pergi jumpa doktor, minta surat mengesahkan yang Azal ini autisme.
"Sedangkan dah jelas Azal dan Azil autisme sebab dalam kad itu dah tulis," demikian kata pelakon Zarina Zainuddin, 54, melahirkan kekecewaan apabila 'dit£ndang' ke sana sini seperti bola apabila mahu menggantikan kad Orang Kelainan Upaya (OKU) anaknya, Azal Azrai yang hilang, kelmarin.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Zarina memberitahu, baru-baru ini dia ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bersama Azal untuk pemeriksaan doktor.
"Saya pergi sana semula untuk nak sahkan yang Azal ini autisme. Ya Allah, ya Tuhanku! Saya jadi tert£kan dibuatnya. Dahlah anak saya bermas@lah, bukan boleh duduk diam.
"Anak saya ke hulu ke hilir melompatlah. Disuruhnya juga kita bawa anak sekali untuk pastikan yang anak saya ini ada mas@lah autisme.
"Surat itu pula kena isi kategori-kategori semua. Doktor kena isi. Kalau doktor tak isi saya kena pergi balik jumpa doktor itu, suruh doktor isi.
"Benda-benda macam ini menyus@hkan orang terutamanya yang senasib dengan saya," ujarnya yang turut berkata, semua benda ini memakan masa dan pada masa sama, dia suk@r mengawal anaknya yang mudah hilang kawalan.
"Sebenarnya dah ada rekod. Apa mas@lahnya? Apa mas@lah nak kena pergi check balik? Check doktor s@kit jiw@ ke macam itu? Ya Allah. Sebab dia dah ada rekod. Kalau tak ada itu, tak apalah.
"Saya belum bawa lagi Azil. Kalau bawa Azil pergi hospital, Ya Allah, dia tak boleh tunggu lama. Dia tak boleh bising-bising. Dia tak boleh itu ini. Dia bukan macam orang normal kan.
"Saya harap JKM dapat atasi mas@lah ini. Lagi-lagi golongan OKU, bantu permudahkanlah," tutur Zarina yang juga seorang usahawan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment