Pada jam 8 malam tadi, pelakon Charlie Nu'man Salleh dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 71 tahun selepas diuji dengan kans£r usus tahap empat.
Berita sedih itu dikongsikan adiknya iaitu Yusri Saleh yang memaklumkan, Allahyarham Charlie atau nama sebenarnya, Nu'man Saleh, meninggal dunia di kediaman anaknya di Sri Rampai.
"Arwah meninggal di rumah anaknya selepas dibawa pulang dari Hospital Kuala Lumpur pada Jumaat lalu," katanya menerusi hantaran di media sosial, dimana dia turut mendoakan agar roh abang sulungnya itu tenang.
Klik untuk gambar besar
Difahamkan, jenazah Charlie akan disempurnakan di Masjid Salahuddin Al-Ayubbi Taman Melati dan akan dikebumikan di Raudhatul Sakinah Taman Selaseh, Batu Caves selepas Zuhur.
Untuk makluman, arwah Charlie pernah berkahwin pada 1994 dan dikurniakan tiga anak yang kini semuanya menetap di Johor.
Selepas bercerai, Allahyarham berkahwin lagi pada 2011 dan dikurniakan empat anak iaitu Nu'man Muda Al-Nu'man, 13; Nu'man Rayyan Al-Nu'man, 12; Nur Raudha Al-Nu'man, 11; Nu'man Muaz Al-Nu'man, 10; serta dua anak angkat, Nur Rania Affiya, 7; dan Nur Reesya Affiya Al-Nu'man, 5.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment