Takziah diucapkan buat keluarga komposer veteran yang popular dengan lagu ciptaannya iaitu 'Antara Gadis' dendangan kumpulan Dinamik iaitu Afzainizam Ismail, 75, atas pemergiannya yang menghembuskan nafas terakhir kira-kira selepas Subuh awal pagi tadi, akib@t s@kit tua di kediamannya di Mentakab, Pahang.
Kata anak saudaranya yang juga penyanyi, Oja, 45, Allahyarham bapa saudaranya itu memang ada menghidap peny@kit diab£tes tetapi keadaannya baik-baik sahaja sebelum ini.
"Menurut isterinya, arwah ada mengadu s@kit dada dan pening awal pagi tadi. Tidak lama selepas itu, isterinya dengar dari dalam bilik, arwah sudah tiada Saya juga baru sampai di kediaman arwah dan tak pasti arwah meninggal jam berapa tapi difahamkan selepas Subuh," katanya.
Menurut Oja atau nama sebenarnya, Daninaz Huza Daud berkata, jenazah Afzainizam akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam dekat kediamannya selepas solat Asar petang ini.
"Jenazah akan dimandikan dan dikafankan selepas solat Jumaat. Saya mohon semua yang mengenali arwah untuk sama-sama mendoakan Allahyarham ditempatkan kalangan kekasih Allah SWT," jelasnya.
Dalam pada itu, Oja turut berkongsi, dimana kali terakhir dia dan Allahyarham Afzainizam berjumpa pada sambutan Hari Raya lalu.
"Hubungan kami juga rapat. Walaupun berjauhan kami masih berkomunikasi secara 'online'. Arwah juga masih aktif dalam bidang seni. Antara produk dihasilkan arwah adalah album kumpulan penyanyi loghat Pahang iaitu Anak-Anak Semantan.
"Beliau adalah penerbit eksekutif bingkisan album pertama saya berjudul Anak Jalanan yang diterbitkan pada 1992. Lagu popular ciptaannya dalam album itu berjudul Dasira dan ada beberapa lagi lagu dalam album terbabit," tuturnya.
Untuk info, Afzainizam adalah komposer dan penerbit album yang popular pada era 1980-an dan 1990-an.
Selain lagu 'Antara Gadis', lagu popular ciptaannya ialah 'Aku Yang Kau Panggil Sayang' dendangan penyanyi Khairool Idlan dan Dasira dendangan Oja. Beliau juga meninggalkan isteri, Noraini Sheikh Mohd dan enam orang anak.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment