10 October 2025

TERK£JUT BLACK & EDDIE 'TERBANG' SERENTAK TINGGALKAN WINGS - EDRIE HARAP HUBUNGAN DIBAIKI, BERDAMAI : "SAYA PERCAYA KEM£LUT INI BOLEH DISELESAIKAN JIKA MASING-MASING MAMPU KETEPIKAN EG0 & MAR4H"



"Saya tak boleh komen lebih-lebih kerana itu mas@lah mereka bertiga (Black, Eddie & Awie) walaupun saya tahu apa yang berlaku. Isu ini sudah lama timbul, mungkin berpunca daripada rasa tidak puas hati.
"Sepatutnya mas@lah itu diselesaikan secara dalaman, tapi mungkin mereka sudah tidak mampu mencari titik tengah. Saya agak terk£jut dengan pengumuman malam tadi (baru-baru ini).

"Saya dah hidu lama, cuma bukan tempat saya untuk bersuara," ujar pemain gitar utama Wings, Edrie Hashim, dimana dia tidak menyangka kedua-dua rakan sekumpulannya iaitu pemain dram, Black dan pemain bes, Eddie n£kad meninggalkan band tanpa sebarang perbincangan terlebih dahulu.

Pengunduran dua anggota kumpulan rock legenda Wings itu secara serentak, baru-baru ini, bukan saja mengejutkan peminat, malah turut mengg£mparkan anggota kumpulan itu sendiri.

Keputusan yang diumumkan menerusi kenyataan media ringkas itu dianggap meng£jutkan oleh Edrie Hashimyang turut mendakwa pengunduran Black dan Eddie ada kaitan dengan kem£lut berpanjangan antara mereka dengan vokalis Wings, Datuk Awie.

Edrie bagaimanapun tetap berharap masih ada ruang untuk mereka bertiga berdamai mengenangkan persahabatan yang terjalin lebih 40 tahun, walaupun memahami keputusan Black dan Eddie.

"Saya pernah cuba jadi orang tengah untuk betulkan keadaan, tapi gag@l. Mereka dah berjuang lama, jadi kenanglah semula p@hit manis yang pernah dilalui. Saya percaya kem£lut ini boleh diselesaikan jika masing-masing mampu ketepikan eg0 dan mar@h," katanya.

Dalam pada itu, dakwa Edrie, kekangan masa turut menyuk@rkan usaha memperbaiki hubungan mereka dan kali terakhir semua anggota Wings bertemu ialah pada Mac lalu, sebelum masing-masing sibuk dengan komitmen sendiri.

"Sebagai anggota baharu, saya tidak layak masuk campur. Fokus saya sekarang ialah menyiapkan rakaman album baharu Wings yang hampir siap. Tiba-tiba perkara ini berlaku, memang mengec£wakan. Tapi saya hormati mereka sebagai abang-abang saya.

"Saya juga mohon supaya nama saya tidak dikaitkan dengan isu ini kerana saya sudah mula dengar ada yang cuba membabitkan saya. Saya hanya mahu bekerja dan menyelesaikan tanggungjawab yang diamanahkan," tuturnya.

Menurut Edrie, pengunduran dua anggota utama itu dijangka menj£jaskan persiapan dua konsert besar Wings iaitu Konsert 40 Tahun Celebration pada 28 November depan dan konsert di Singapura pada 24 Disember.

"Memang agak mengg@nggu perancangan yang disusun oleh Awie. Saya hanya tunggu arahan, kalau konsert diteruskan, saya akan teruskan sebab saya pun cari makan. Andai saya tak diperlukan lagi, saya akan buat kerja lain," ujarnya.

Terdahulu, Black dan Eddie meng£jutkan peminat apabila mengumumkan pengunduran mereka daripada kumpulan rock itu berkuat kuasa serta-merta, Rabu lalu menerusi satu kenyataan media.

"Kami, Azmi Hashim atau dikenali sebagai Black dan Samsaidi Ulong Idris atau Eddie mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari kumpulan Wings berkuatkuasa serta-merta hari ini, Rabu bertarikh 8 Oktober 2025," kata mereka.

Dengan pengunduran itu, Black dan Eddie menyatakan mereka tidak akan terbabit dalam Konsert Wings 40 Tahun Celebration yang dijadual dipentaskan di sini pada 28 November depan, disusuli Singapura pada 24 Disember.

Difahamkan, ini bukan kali pertama Black meninggalkan Wings kerana pada 1990, Black dilapor pernah meninggalkan kumpulan yang popular dengan lagu 'Sejati' itu iaitu selepas album Teori Domino diterbitkan.

Black, 59, bagaimanapun dilapor kembali menyertai Wings pada 1995, iaitu ketika album Orang Asing dirakam.

Sementara itu, Eddie belum pernah meninggalkan kumpulan itu sejak menjadi anggota pada 1985.

Selepas pengunduran Black dan Eddie, kumpulan itu kini dibarisi Awie, Syam (gitar utama) dan Edrie.

Media cuba mendapatkan maklum bal@s daripada Awie, namun penyanyi itu memaklumkan mahu menyelesaikan beberapa perkara terlebih dahulu sebelum memberi penjelasan rasmi.

Usaha mendapatkan komen lanjut daripada Black dan Eddie pula masih gag@l apabila kedua-duanya tidak menjawab panggilan telefon.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: